Tenaga nuklear: Malaysia laksana kajian teliti demi bekalan tenaga bersih dan stabil

KUCHING – Malaysia semakin hampir merealisasikan aspirasi menjadi negara maju yang mampan apabila kerajaan kini meneliti secara terperinci pelaksanaan projek tenaga nuklear di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Usaha ini dilihat sebagai satu langkah positif ke arah memperkukuh keselamatan tenaga negara, mempelbagaikan sumber elektrik serta menyokong matlamat pengurangan pelepasan karbon demi masa depan yang lebih bersih dan stabil.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, kajian menyeluruh sedang dijalankan bagi menilai kesesuaian lokasi yang strategik, termasuk berhampiran sungai, laut atau tasik utama bagi tujuan penyejukan loji nuklear. 

Beliau menjelaskan, keperluan tenaga tetap yang tinggi di Semenanjung dan Sabah mendorong kerajaan meneliti teknologi terbaik, termasuk penggunaan reaktor modular kecil (SMR) yang lebih cekap dan selamat.

“Di Sarawak, hampir 70 peratus keperluan tenaga telah dipenuhi melalui sumber hidro, manakala Semenanjung dan Sabah masih bergantung kepada gas dan diesel yang kurang bersih. Oleh itu, tenaga nuklear menjadi antara pilihan yang wajar dipertimbangkan bagi memastikan kelestarian dan kestabilan bekalan elektrik negara,” katanya kepada media selepas merasmikan Arena Pickleball MUSCS pada Ahad. 

Kerajaan juga mengambil langkah berhati-hati dengan belum membuat keputusan muktamad mengenai teknologi, lokasi atau kapasiti reaktor yang akan dibangunkan. Kajian ini meliputi pembangunan kepakaran tempatan, aspek keselamatan, impak alam sekitar serta kemampuan membiayai projek secara menyeluruh. Malah, beberapa lawatan kerja ke negara maju seperti Rusia, Perancis, Korea Selatan, Jepun, China dan Amerika Syarikat turut dirancang bagi mendapatkan gambaran terbaik mengenai teknologi nuklear yang selamat dan kos efektif untuk Malaysia.

Sementara itu, MyPOWER Corporation telah dilantik sebagai Organisasi Pelaksana Program Tenaga Nuklear Negara (NEPIO) bagi menyelaras semua persediaan berdasarkan garis panduan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Proses penilaian ini dijalankan secara bersepadu membabitkan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan, bagi memastikan semua aspek teknikal dan perundangan diberi perhatian sepenuhnya

Menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), inisiatif penilaian tenaga nuklear ini selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menekankan kepentingan sumber tenaga bersih dan berdaya saing demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat. 

Kerajaan memberi jaminan bahawa sebarang pelaksanaan hanya akan dilakukan selepas kajian terperinci dan mendapat keyakinan serta penerimaan masyarakat.

Langkah ini menjadi bukti komitmen kerajaan dalam menyediakan ekosistem tenaga masa depan yang lebih mampan, selamat dan bermanfaat untuk generasi akan datang.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen