BN, UMNO fokus pendekatan kolaboratif hadapi PRN17 Sabah

SANDAKAN – Barisan Nasional (BN) dan UMNO akan memberi tumpuan kepada pendekatan kolaboratif bersama parti lain bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, analisis menunjukkan tiada satu parti yang berupaya membentuk kerajaan secara dominan tanpa kerjasama.

“Dalam PRN kali ini, fokus kita bukan semata-mata jumlah kerusi ditandingi, tetapi kepada faktor kebolehmenangan ‘winnability’ dengan mengadakan kolaborasi bersama parti atau gabungan lain bagi membentuk kerajaan.

“Justeru, BN telah memuktamadkan bukan sahaja pembahagian kerusi tetapi juga kerjasama gerak kerja pilihan raya bersama Pakatan Harapan (PH).

“PH pula bebas menjalinkan kerjasama dengan pihak lain,” katanya ketika ditemui media selepas Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kinabatangan di Dewan Hakka, di sini pada Ahad.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, walaupun bekerjasama dengan parti lain, BN tetap membawa panji sendiri dengan manifesto berpaksikan keperluan asas rakyat Sabah.

“Kita mengenepikan sifat riak dan angkuh. Manifesto kali ini bukan panjang lebar tetapi realistik, berpijak di bumi nyata dan demi kepentingan rakyat Sabah,” katanya.

Beliau turut menggesa Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO memperhebat pendekatan mendekati pengundi kali pertama dan pengundi muda yang mewakili lebih 52 peratus jumlah keseluruhan pengundi.

“Pendekatan komposit melalui ketiga-tiga sayap parti ini amat penting untuk memastikan calon BN mendapat sokongan padu,” katanya.

Mengulas khabar angin mengenai perubahan calon, beliau menegaskan bahawa UMNO dan BN kekal bersatu.

“Perbicaraan seperti itu datang daripada pihak luar. Mereka cuba memecahbelahkan kami, tetapi hakikatnya kita ‘solid’ sekarang,” ujarnya.

Related Posts

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus memperkukuh kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

KUANTAN – Semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat Jerantut, memberi keyakinan kepada pimpinan UMNO Bahagian itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16