Tempoh proses mohon, lulus sijil halal kini hanya 15 hari

KUANTAN – Tempoh permohonan bagi mendapatkan sijil halal dipercepatkan kepada 15 hari berbanding 23 hari sebelum ini dalam usaha memantapkan lagi pengurusan sijil halal di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelaksanaan tempoh baharu itu sudah dimulakan dengan melibatkan kerjasama pelbagai pihak seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pelbagai pihak termasuk swasta.

Katanya, Belanjawan 2025 yang turut menyediakan 100 juruaudit baharu untuk pensijilan halal dilihat amat bertepatan dengan usaha mempercepatkan proses kelulusan permohonan sijil halal berkenaan.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan Jakim untuk memendekkan tempoh itu namun kita lihat bahawa mereka memerlukan juruaudit halal dan kita juga melakukan permohonan secara dalam talian.

“Sekarang sedang berjalan (tempoh 15 hari), 23 hari (tempoh permohonan sebelum ini sudah capai, dulu sembilan bulan, enam bulan, tiga bulan saya minta 23 hari,”katanya ketika sidang media selepas merasmikan Program Halal On Track (HOT) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, dekat sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ahmad Zahid berkata, setakat ini Jakim telah bekerjasama dengan lima institusi pendidikan tinggi bagi menyediakan juruaudit halal ini yang turut akan menjadi pegawai yang menentukan piawaian halal dan mereka ditempatkan di syarikat yang telah memiliki sijil halal.

Beliau memberitahu berdasarkan data permohonan sijil halal di peringkat domestik jelas menunjukkan peningkatan dalam permohonan sijil halal setiap tahun.

“Pada 2023 kita menerima 15,605 permohonan, meningkat daripada 14,977 pada tahun sebelumnya dan sehingga September 2024 sebanyak 14,707 permohonan telah diterima.

“Saya percaya percaya angka ini akan mencecah lebih 16,000 , lebih-lebih lagi dengan usaha yang dilakukan seperti pelaksanaan HOT ini,” katanya.

Related Posts

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa parti Bersatu tidak akan mendapat sumbangan jutaan ringgit jika Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dilantik menjadi Perdana Menteri. Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

PUTRAJAYA – Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 19 Mac di 29 lokasi di seluruh negara. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya