Tembak mati pegawai bank, pengawal keselamatan terlepas hukuman gantung

JOHOR BAHRU – Panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah telah mengetepikan hukuman gantung terhadap pengawal keselamatan warga Indonesia, La Ode Ardi Rasila, 47.

Sebelum ini, La Ode Ardi Rasila yang berasal dari Sulawesi, Indonesia itu telah dijatuhi hukuman gantung setelah membunuh pegawai AmBank cawangan Subang Jaya pada 2013.

Bagi pertuduhan pertama, La Ode dijatuhi hukuman penjara 38 tahun beserta 12 sebatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 pula, dia dijatuhkan hukuman penjara 33 tahun beserta 12 sebatan.

Kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 10 November 2013.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh Norazita Abu Talib yang ketika itu berusia 37 tahun, dalam bangunan AmBank di alamat Nombor 5 dan 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya di antara pukul 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013.

La Ode kemudian dilaporkan meminta rakan sekerja mangsa untuk mengisi wang bernilai kira-kira RM500,000 ke dalam sebuah beg sebelum melarikan diri menggunakan sebuah motosikal.

Pada 29 Februari 2016, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif mengekalkan hukuman gantung terhadap tertuduh selepas menolak rayuan La Ode.

Mahkamah Persekutuan ketika itu berpuas hati terdapat bukti mencukupi bagi mengekalkan Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, sebelum itu.

Related Posts

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan semakan mingguan harga runcit produk petroleum dengan RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan