Bursa Malaysia dan Pribumi lancar indeks zakat pertama dunia

KUALA LIMPUR – Bursa Malaysia Bhd dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (Pribumi) telah melancarkan Pribumi Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) hari ini.

Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, indeks baharu ini direka khas untuk menggalakkan pengiktirafan lebih besar terhadap syarikat tersenarai awam (PLC) yang memilih untuk mengamal amalan zakat korporat.

Pelancaran indeks zakat pertama di dunia ini juga bertujuan mengiktiraf penerbit tersenarai yang membayar zakat dan menggalakkan sumbangan zakat lebih besar daripada lebih banyak PLC.

“Pada masa ini, indeks zakat mempunyai 27 konstituen merentasi pelbagai sektor, termasuk perkhidmatan kewangan, utiliti, telekomunikasi, hartanah, perladangan, teknologi, penjagaan kesihatan, pengangkutan, produk pengguna, dan tenaga,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Indeks Zakat di sini hari ini.

Beliau berkata, PBMZI menjejaki prestasi 200 syarikat teratas yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia yang memenuhi kriteria kelayakan tertentu, iaitu syarikat yang menguntungkan dan membuat sumbangan zakat korporat.

“Bursa Malaysia menjangkakan bahawa Indeks Zakat Pribumi Bursa Malaysia akan menjadi asas bagi pembangunan beberapa produk pasaran modal, termasuk dana dagangan bursa dan dana amanah saham,” tambah Wahid Omar.

Produk-produk ini akan menawarkan pilihan pelaburan yang pelbagai dan beretika kepada para pelabur.

Pada masa sama, Presiden Pribumi, Izrul Zainal Abidin, berkata, dalam proses ini, pihaknya telah mengenal pasti bahawa mungkin terdapat beberapa syarikat senaraian awam (PLC) yang membayar zakat perniagaan, tetapi ia mungkin direkodkan di bawah kos operasi atau CSR.

“Terdapat juga kekurangan kesedaran mengenai zakat perniagaan dan salah faham di kalangan PLC apabila Bursa cuba mendekati mereka,

“Maklum balas yang diberikan adalah mereka membayar zakat, tetapi sebenarnya ia bukanlah zakat perniagaan tapi meminta kakitangan membayar zakat yang sebenarnya adalah untuk zakat individu,” katanya.

Oleh itu, dengan adanya Indeks Zakat ini, ia dapat menjadikannya sebagai platform untuk mendekati PLC secara individu serta mempromosikan zakat perniagaan.

Related Posts

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PUTRAJAYA – Pelaksanaan undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten kepada semua pihak bagi memastikan kredibilitinya terus terpelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penguatkuasaan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

PUTRAJAYA – Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) perlu dinilai secara adil dan tidak tergesa-gesa membuat kesimpulan negatif oleh pelbagai pihak, memandangkan kerangka undang-undang tersebut masih berada dalam fasa awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan