TEKUN sasar bantu 5,300 usahawan di Sabah tahun ini

KOTA BELUD – TEKUN Nasional, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan untuk membantu 5,300 usahawan di Sabah dengan nilai pembiayaan sebanyak RM150 juta, tahun ini.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, pada tahun 2024 sebanyak RM149 juta telah disalurkan kepada 2,884 usahawan TEKUN Negeri Sabah.

“Dalam tempoh yang sama RM11 juta disalurkan kepada 158 usahawan bagi Parlimen Kota Belud.

“Secara keseluruhannya TEKUN Nasional, telah menyalurkan pembiayaan perniagaan bernilai RM1.1 billion kepada 65,642 usahawan di Sabah, sejak diwujudkan pada 1998 sehingga Disember 2024.

“Daripada jumlah itu, RM65 juta disalurkan kepada 3,781 usahawan di Kota Belud.

“Pencapaian ini membuktikan TEKUN terus relevan dan menjadi pilihan akses pembiayaan di kalangan usahawan informal dan mikro di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Asas Keusahawanan Kota Belud, di Tag Valley Taginambur, di sini, pada Khamis.

Ewon berkata, sehingga 31 Disember 2024 TEKUN Nasional telah mengadakan sebanyak 1,026 siri Seminar Asas Keusahawanan di seluruh negara dengan jumlah usahawan yang mengikuti program ini seramai 300,401 orang.

“Sasaran 2025 bagi seminar asas keusahawanan Sabah adalah seramai 1,800 orang dengan enam siri seminar,” katanya.

Katanya, usahawan yang berjaya adalah mereka yang memiliki pengetahuan yang kukuh, serta kemahiran yang diperlukan untuk menguruskan perniagaan dengan berkesan.

“TEKUN Nasional berperanan besar dalam memberi sokongan kepada usahawan-usahawan kecil dengan menyediakan pembiayaan dan latihan yang komprehensif.

“Seminar ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan lebih ramai rakyat Sabah dapat memanfaatkan peluang perniagaan yang ada, seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri dan negara.

“Saya berharap seminar ini dapat memberi impak positif kepada perkembangan perniagaan kecil di Sabah, khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.

Seminar asas keusahawanan yang berlangsung selama satu hari itu disertai 300 usahawan TEKUN cawangan Kota Belud yang bertujuan memberi pendedahan serta kemahiran asas dalam dunia keusahawanan kepada para usahawan kecil dan sederhana (IKS) serta mereka yang berminat menceburi bidang keusahawanan.

Related Posts

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

TAWAU – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah terus memperhebat inisiatif bersemuka di instituti pendidikan dengan dengan penyampaian mesej berkenaan internet selamat dan buli. Pengarahnya, Jainisah Mohd Noor berkata, usaha itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menyelar tindakan segelintir pihak yang cuba menggugat kestabilan negeri ini dengan menyebarkan naratif negatif dan menggunakan medium fitnah demi kepentingan politik sempit. Ketuanya, Mohd Kamil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini