PADU guna teknologi kriptografi, diyakini selamat

KUALA LUMPUR- Pangkalan Data Utama (PADU) menggunakan teknologi kriptografi yang selamat melalui algoritma yang tersenarai di bawah senarai Algoritma Kriptografi Terpercaya Negara (AKSA MySEAL), bagi memastikan tahap keselamatan sistem itu.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pembangunan sistem PADU mengambil kira kaedah penyulitan data dan sistem operasi yang selamat.

Menurutnya, kerjasama rapat turut dijalankan dengan pelbagai agensi yang menguruskan keselamatan siber dan privasi data negara seperti Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan, Agensi Keselamatan Siber Negara dan CyberSecurity Malaysia dalam memastikan keampuhan keselamatan sistem PADU.

“Keselamatan sistem PADU adalah satu keutamaan dan sentiasa dipertingkatkan,” katanya melalui jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Datuk Ali Anak Biju (PN-Saratok) yang ingin tahu langkah penambahbaikan diambil membabitkan beberapa perubahan dalam sistem yang disyorkan kerajaan Sarawak.

Pada masa sama, Rafizi berkata, tiga komponen utama dalam PADU yang diberi tumpuan adalah keselamatan data, sistem dan juga rangkaian.

Selain itu, penambahbaikan tahap keselamatan PADU sentiasa diteruskan dari semasa ke semasa antaranya ‘Multi Factor Authentication’ (MFA) dan pengintegrasian PADU bersama MyDigital ID.

“Usaha penambahbaikan ini akan meningkatkan lagi tahap keselamatan sistem PADU dan menambahkan keyakinan rakyat terhadap sistem ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Rafizi berkata, terdapat dua dasar sedia ada mengenai perkongsian data iaitu Dasar Perkongsian Data Nasional dan Dasar Perkongsian Data Sektor Awam serta dua platform perkongsian data yang disediakan kerajaan.

Beliau berkata ia membabitkan Malaysian Government Central Data Exchange (MyGDX) dan Data Terbuka Sektor Awam.

“Penggubalan Akta Omnibus-Perkongsian Data Sektor Awam akan menjadi punca kuasa dalam konteks perundangan yang akan membolehkan perkongsian data dapat dilaksanakan.

“Akta ini akan membantu meningkatkan keberkesanan perkongsian data termasuk penggunaan data PADU dan seterusnya membantu kerajaan merangka dasar dan inisiatif yang lebih efektif berpandukan data,” katanya.

Related Posts

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

KONSENSUS MADANI bukan sekadar konsep politik semasa, sebaliknya merupakan satu agenda besar untuk membangunkan Malaysia yang lebih adil dan inklusif, demikian tegas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

PUTRAJAYA – Semua pihak diminta menghentikan segera sebarang polemik atau percubaan untuk mempolitikkan pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM