Teknologi AI mampu perkukuh sistem pertahanan negara

PUTRAJAYA – Sistem pertahanan negara bakal diperkasakan dengan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) khususnya dalam bidang ketenteraan.

Untuk peringkat awal Kementerian Pertahanan (Mindef) sedang mendalami intipati sewajarnya dalam menyediakan teknologi AI ke dalam sistem pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara lain yang turut diberi penekanan adalah memahami bagaimana kemajuan AI dalam aplikasi bidang ketenteraan mendatangkan manfaat kepada bidang pertahanan negara.

“Atas dasar itulah kita (Mindef) menyertai ‘Persidangan Kecerdasan Buatan (AI) yang Bertanggungjawab dalam Bidang Ketenteraan’ (REAIM) 2024, di Seoul yang dianjurkan kerajaan Korea Selatan.

“Ia adalah untuk kita memahami dan mendalami kemajuan AI yang semestinya membawa manfaat kepada negara dan perkara sewajarnya dihindari daripada AI.

“Pada masa ini, tidak banyak negara yang berada pada kedudukan dan pencapaian tertinggi dan atas sebab itulah kita melihat hanya beberapa negara sahaja yang mengambil peluang untuk bersama-sama menyertai REAIM 2024.

“Kehadiran kita akan membolehkan kita (Mindef) meninjau dan melihat aplikasi yang digunapakai negara terlibat dalam persidangan REAIM 2024, supaya kita dapat membuat perbandingan dan mengambil maklumat berhubung teknologi AI dalam bidang ketenteraan yang sedang diaplikasi,” katanya selepas menghadiri sesi 1, REAIM 2024, di Seoul, Korea Selatan.

REAIM 2024 anjuran bersama Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan Korea Selatan dan Belanda, Singapura, United Kingdom dan Kenya manakala delegasi Malaysia bersama lebih 90 negara lain adalah sebagai negara jemputan.

Mohamed Khaled berkata, antara isu penting dibangkitkan dalam sidang REAIM 2024 adalah persoalan mengenai perlunya garis panduan tentang penggunaan teknologi AI dalam bidang ketenteraan.

“Intipati dibangkitkan adalah perlunya amalan atau prosedur operasi standard (SOP) antarabangsa dalam penggunaan teknologi AI dalam bidang ketenteraan yang mana saya percaya masih belum ada dan masih dalam peringkat perbincangan.

“Seperti diperbincangkan dalam sesi REAIM 2024 sebentar tadi, teknologi AI ini kebaikan dan keburukan atau diibaratkan mata pisau tajam pada kedua-dua belah sisi, kita harus benar-benar tahu etika dan moral penggunaan teknologi ini.

“Setiap pihak terlibat dalam penggunaan teknologi AI perlu tahu bagaimana hendak membahagikan kebertanggungjawaban antara manusia dan mesin atau sistem.

“Kita kena fahami semua itu dan setakat mana kita ingin gunakan teknologi mesin AI ini dan setakat mana juga manusia tidak boleh melepaskan peranan dan tanggungjawabnya dalam bergantung kepada sistem ini, ini sangat penting,” katanya.

Related Posts

KKM ambil langkah awal hadapi ancaman Hantavirus

CYBERJAYA – Malaysia dalam tahap kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi ancaman penularan jangkitan hantavirus walaupun tiada kes melibatkan rakyat negara ini direkodkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Suara Melayu menjadi lemah jika politik dendam, prasangka masih berleluasa

KUALA LUMPUR – Kedudukan orang Melayu dalam lakaran dunia akan semakin mengecik sekiranya budaya politik berteraskan emosi ini terus dibiarkan berleluasa di Malaysia yang merugikan bangas tersebut Timbalan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa

Kerajaan desa perlu diiktiraf sebagai peringkat pentadbiran keempat – Salleh

Kerajaan desa perlu diiktiraf sebagai peringkat pentadbiran keempat – Salleh

KKM ambil langkah awal hadapi ancaman Hantavirus

KKM ambil langkah awal hadapi ancaman Hantavirus

‎Sabah sokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035

‎Sabah sokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035

Kaamatan platform kukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum

Kaamatan platform kukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum

Suara Melayu menjadi lemah jika politik dendam, prasangka masih berleluasa

Suara Melayu menjadi lemah jika politik dendam, prasangka masih berleluasa