Anwar lancar PIKAS 2030

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar melancarkan Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 (PIKAS 2030) untuk mengukuhkan tatakelola dan pengurusan projek yang dilaksanakan melalui pendekatan kerjasama awam-swasta, hari ini.

Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri melalui satu kenyataan berkata, langkah itu sebagai usaha untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi di samping menguruskan cabaran fiskal.

Matlamat pelan strategik itu adalah menyediakan landskap Kerjasama Awam-Swasta (PPP) yang teguh dan mampan untuk memacu kesejahteraan negara.

PIKAS 2030 adalah kesinambungan daripada dasar dan garis panduan kerjasama awam-swasta sedia ada yang diberi nilai tambah dengan hala tuju lebih jelas dan terangkum, jelas kenyataan itu.

Di samping itu, PIKAS 2030 juga menetapkan beberapa sasaran penting yang akan menjadi penanda aras kejayaannya.

“Melalui projek kerjasama awam-swasta, kerajaan menjangkakan peningkatan pelaburan swasta kepada RM78 bilion, sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada RM82 bilion, dan penciptaan 900,000 peluang pekerjaan menjelang 2030,” tambah kenyataan itu.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Bagi memastikan pencapaian matlamat itu, PIKAS 2030 dibangunkan berdasarkan empat teras strategik dan 17 inisiatif strategik.

Ia bertujuan mengukuhkan tatakelola dalam pelaksanaan projek PPP dengan kerajaan mengutamakan pelaksanaan cadangan projek PPP secara bidaan bersaing melalui ‘Request for Proposal’ (RFP).

Proses itu akan mempertingkatkan persaingan, inovasi, kualiti perkhidmatan dan memberi nilai faedah terbaik kepada kerajaan serta rakyat, tambah kenyataan itu.

Beberapa model PPP baharu seperti Bangun Semula/Jana Semula-Kendali-Pindah (ROT), Bina-Bangun Semula/Jana Semula-Kendali-Pindah (BROT) akan diperkenalkan.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa kerajaan akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek PPP yang berorientasikan ‘user-pays’ selaras dengan hasrat untuk mengurangkan cabaran fiskal.

Model monetisasi konsesi seperti pembiayaan secara Amanah Perniagaan dan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) akan diteroka sebagai alternatif dalam pembiayaan projek PPP, jelasnya.

Kerajaan komited untuk memastikan setiap usaha yang diambil melalui PIKAS 2030 akan membawa perubahan sosial dan ekonomi yang lebih bermakna dan terangkum kepada seluruh rakyat demi membina sebuah negara yang progresif, jelasnya.

Menerusi penyertaan aktif sektor swasta, pelan itu akan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat di samping memastikan manfaat pembangunan mampan dirasai segenap lapisan rakyat.

Related Posts

KPTM Gua Musang dibuka semula

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membuka semula Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) di Gua Musang bagi memberi kemudahan kepada rakyat terutama di daerah itu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Boleh beli beras maksimum 5 kampit

PENGGUNA terutamanya rakyat negara ini dibenarkan membeli lima kampit beras putih tempatan (BPT) mulai hari ini, berbanding dua kampit setiap kali pembelian sebelumnya. Mengumumkan perkara itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

Ekspedisi Jelajah 70 tahun PPS, perkukuh hubungan dengan pelanggan

  • By Ynom
  • April 28, 2025
Ekspedisi Jelajah 70 tahun PPS, perkukuh hubungan dengan pelanggan

Kerajaan Sabah laksana banyak inisiatif pembangunan, kesejahteraan rakyat

Kerajaan Sabah laksana banyak inisiatif pembangunan, kesejahteraan rakyat

5 formula ‘ABCDE’ mampu tawan Kedah – Ahmad Maslan

5 formula ‘ABCDE’ mampu tawan Kedah – Ahmad Maslan