Team Bang Janggut bersyukur terima van jenazah baharu dari kerajaan Sabah

TAWAU – Seorang pesara tentera menzahirkan rasa syukur apabila pihaknya Team Bang Janggut yang menawarkan perkhidmatan van jenazah percuma menerima sebuah van jenazah baharu sumbangan dari kerajaan Sabah.

Raidah Mohammad Mohammad, 42, berkata, sumbangan itu diberikan kepada pihaknya melalui Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui.

“Permohonan saya ajukan kepada Datuk Lo dan kini dapat direalisasikan selain sangat membantu mempermudahkan urusan Fardu Kifayah di seluruh Sabah khususnya Tawau.

“Semoga Datuk Seri Hajiji Noor terus kekal mentadbir kerajaan Negeri sebagai Ketua Menteri Sabah,” katanya semasa dihubungi di sini, pada Sabtu.

Raidah berkata, Team Bang Janggut mempunyai lapan ahli dari latar belakang berbeza yang diketuai oleh beliau sendiri yang menawarkan perkhidmatan menghantar jenazah termasuk mengurus jenazah sehingga selesai sekiranya waris memerlukan.

“Kami hantar jenazah lebih 10 tahun dan ketika itu pun saya masih dalam perkhidmatan sebagai tentera darat di Markas Angkatan Tugas Bersama (ATB 2) di Tawau.

“Kami juga menghantar jenazah tanpa mengira agama, bangsa ataupun jarak dan menjalankan tanggungjawab itu sehingga selesai,” ujarnya.

Menurut beliau, dengan kekuatan empat van, kini mereka yang beroperasi selama 24 jam itu turut menguruskan jenazah dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan jenazah tidak dituntut dari Hospital Tawau.

Ibarat pepatah ‘kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan’, Raidah berharap agar orang ramai tidak segan silu untuk menghubunginya jika memerlukan khidmat pengurusan dan van jenazah.

Related Posts

Empat projek infrastruktur utama dipantau, naik taraf Jalan Lok Kawi bermula segera

KOTA KINABALU – Status pelaksanaan empat projek infrastruktur utama di Papar terus dipantau melalui sesi taklimat dan libat urus melibatkan wakil-wakil rakyat, pejabat daerah dan agensi berkaitan di peringkat daerah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKDM Sabah gagalkan pengedaran methamphetamine RM15.28 juta

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan cubaan pengedaran dadah jenis methamphetamine bernilai RM15.28 juta di Pelabuhan Sepanggar. Pengarah Kastam Negeri Sabah, Dr. Ahmad Taufik Sulaiman berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat projek infrastruktur utama dipantau, naik taraf Jalan Lok Kawi bermula segera

  • By Ynom
  • May 4, 2026
Empat projek infrastruktur utama dipantau, naik taraf Jalan Lok Kawi bermula segera

JKDM Sabah gagalkan pengedaran methamphetamine RM15.28 juta

  • By Ynom
  • May 4, 2026
JKDM Sabah gagalkan pengedaran methamphetamine RM15.28 juta

AI, semikonduktor pacu masa depan Sarawak – Abang Johari

AI, semikonduktor pacu masa depan Sarawak – Abang Johari

Ringgit naik berbanding dolar AS pada dagangan awal Mei

Ringgit naik berbanding dolar AS pada dagangan awal Mei

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun