‘Task Force Team’ selesaikan aduan penduduk Karamunting

SANDAKAN – Pasukan pemantau aduan ‘Task Force Team’ Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting sentiasa mengenal pasti dan menangani setiap aduan penduduk dengan segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berkata, sejak tertubuhnya pasukan ini pada tahun lepas, penduduk setempat telah mula menjadikan pasukan tersebut sebagai satu ‘hotline’ kepada aduan-aduan mengenai permasalahan yang dihadapi khususnya penduduk Karamunting.

“Pasukan kami komited untuk terus membantu dan menyelesaikan masalah dengan cepat.

“Saya amat kagum dengan semangat penduduk sekitar Jalan Estate Connector yang turut serta dalam aktiviti gotong-royong menebang pokok besar dan berbahaya,” katanya menerusi catatannya di laman Facebook pada Isnin.

George berkata, kira-kira 40 peserta telah menyertai program berkenaan termasuk penduduk tempatan serta pasukan dari Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Telekom Malaysia (TM).

“Kerjasama anda semua sangat dihargai. Penyertaan aktif anda menunjukkan adanya kesedaran bahawa keselamatan dan kesejahteraan kampung adalah tanggungjawab bersama,” ujarnya.

Program gotong-royong itu bermula pada pukul 8 pagi yang berakhir pada 4 petang.

Related Posts

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

KUCHING – Stesen radio tempatan, CATS FM terus menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini menerusi penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ohsem Raya yang berlangsung meriah di Dewan CATS FM, Jalan Bako…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

TAWAU – Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa negeri Sabah termasuk dua pegawainya direman bermula Rabu bagi siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 antara 2022 hingga 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori