Negara luar berebut melabur di Malaysia

KANGAR – Negara luar kini berlumba-lumba melabur di Malaysia berikutan kestabilan kerajaan serta populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat antarabangsa.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata, pemimpin-pemimpin dunia menyedari keupayaan serta kesungguhan Perdana Menteri yang komited dalam menarik pelaburan asing ke negara ini.

“Pelabur-pelabur dari negara lain berebut untuk datang ke negara kita kerana Perdana Menteri kita popular dan rajin. Sebagai contoh, Perdana Menteri Jepun pernah memilih untuk berjumpa beliau dalam mesyuarat rasmi kerana mengiktiraf kehebatan beliau.

“Kerajaan sentiasa menyambut baik kedatangan pelabur ke mana-mana negeri dan akan memudahkan proses pelaburan supaya hasilnya dapat dinikmati rakyat dan kerajaan Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Sumbangan Ihsan Madani di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dokongan kerajaan Persekutuan terhadap usaha kerajaan negeri Perlis membangunkan Bandar Teknologi Maju Perlis di Chuping yang dijadual bermula pertengahan tahun ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada November lalu berkata, projek yang melibatkan keseluruhan kos mencecah AS$11 bilion (RM49.17 bilion) itu dijangka mula beroperasi secara berperingkat pada pertengahan 2027 akan mewujudkan kira-kira 2,000 peluang pekerjaan secara langsung dalam bidang berkaitan.

Menurut Azman, kerajaan Pusat akan terus memudahkan proses pelaburan melalui agensi-agensi seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mahupun Pejabat Perdana Menteri sendiri bagi memastikan pelabur mendapat pengesahan projek berkaitan sebelum berunding dengan wakil tempatan.

Tambah beliau, kerjasama dengan kerajaan negeri turut menjadi keutamaan dalam memastikan proses pelaburan berjalan lancar dan memberikan manfaat kepada rakyat setempat.

“Alhamdulillah, kita dapat melihat momentum ekonomi yang semakin baik kerana kestabilan kerajaan. Dengan kerjasama semua pihak, saya yakin Malaysia mampu terus maju dan menjadi tumpuan pelabur asing,” katanya.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa kestabilan politik dan ekonomi akan terus menjadi pemangkin kepada peningkatan pelaburan asing di negara ini.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM