Tarik balik gelaran ‘Tan Sri’ Muhyiddin

KUANTAN – Timbalan Speaker DUN Pahang, Lee Chin Chen menggesa agar gelaran Tan Sri yang diberikan kepada bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ditarik balik.

Menurut Chin Chen, ini kerana kenyataan pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang didakwa memperlekehkan peranan sultan Pahang sebagai Yang di-Pertuan Agong sebelum ini dalam pelantikan perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), telah mengelirukan rakyat.

“Kenyataan terbaru beliau (Muhyiddin) yang mendakwa bahawa kenyataan beliau di ceramah pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri adalah berasaskan fakta dan beliau tidak bersalah dalam menuduh Agong tidak melantiknya sebagai perdana menteri walaupun kononnya mempunyai majoriti mencukupi, adalah satu lagi kenyataan tidak bertanggungjawab dan mengelirukan orang ramai.

“Kenyataan Muhyiddin bukan sahaja mencabar keputusan Agong tetapi juga cuba menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

“Gelaran Tan Sri adalah satu penghormatan yang tinggi dan ia hanya layak diberikan kepada mereka yang menjunjung nilai-nilai yang mulia dan menghormati asas kenegaraan kita,” katanya.

Semasa berucap dalam ceramah PRK Nenggiri, Muhyiddin mempertikaikan alasan dia tidak dijemput oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, meski menurutnya dia mempunyai sokongan yang cukup.

Susulan itu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menggesa polis bertindak tegas terhadap presiden Bersatu itu.

Mengulas lanjut, Chin Chen berkata sebagai pemimpin yang pernah memegang jawatan kanan kerajaan, Muhyiddin harus menunjukkan contoh dan menghormati prinsip perlembagaan.

“Malangnya, beliau memilih untuk menyebarkan maklumat salah dan mengelirukan, sekaligus membuktikan bahawa beliau tidak layak memegang gelaran tertinggi negara.

“Tindakan Muhyiddin ini bukan sahaja mencemar institusi diraja, tetapi juga berpotensi menghancurkan kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi berperlembagaan yang kita amalkan.

“Saya menggesa agar gelaran Tan Sri beliau ditarik balik sebagai satu tindakan tegas untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara kita,” katanya lagi.

Related Posts

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Oleh: Yusoff Din PEMECATAN Abdul Khalib Abdullah sebagai Ketua Bersatu Pahang dilihat membuka lagi episod pergolakan dalaman parti itu di negeri berkenaan, khususnya selepas kemelut melibatkan kem kepimpinan tertinggi parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

PUTRAJAYA – Bersatu dijangka akan menggunakan taktik baharu untuk memecah-belahkan Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang. Ahli Parlimen Lumut, Komander (B) Nordin Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000