Tangguh tarif timbal balik legakan Malaysia

PUTRAJAYA – Perdana Menteri menyifatkan langkah Amerika Syarikat (AS) menangguhkan pelaksanaan tarif kepada kebanyakan negara bagi tempoh 90 hari, melegakan Malaysia.

Ketika ditemui pemberita di Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Peralihan Tenaga dan Reformasi (PETRA), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penangguhan itu juga melibatkan kadar tarif timbal balik 24 peratus yang dikenakan AS terhadap negara ini.

“Malaysia terlibat dalam penangguhan, oleh itu melegakan sebentar,” katanya.

Presiden AS, Donald Trump semalam mengumumkan penangguhan 90 hari ke atas tarif timbal balik terhadap lebih 75 negara rakan dagang.

Langkah itu disifatkannya sebagai hasil rundingan diplomatik dan semangat muhibah.

Bagaimanapun, penangguhan itu tidak terpakai terhadap China, malah Trump meningkatkan tarif timbal balik ke atas negara itu kepada 125 peratus serta-merta, berbanding 84 peratus sebelum ini.

Related Posts

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, hari ini mengumumkan enam perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam. Beliau dalam kenyataan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

22 penyelidik sertai ekspedisi saintifik 5 hari di Hutan Simpan Resak

22 penyelidik sertai ekspedisi saintifik 5 hari di Hutan Simpan Resak

Lepak dalam kereta di parkir, lelaki ditahan disyaki miliki dadah

Lepak dalam kereta di parkir, lelaki ditahan disyaki miliki dadah

Sambutan minggu perpaduan peringkat Sarawak 2026 perkukuh keharmonian masyarakat⁷

Sambutan minggu perpaduan peringkat Sarawak 2026 perkukuh keharmonian masyarakat⁷

City terpaksa berhempas pulas sebelum menumbangkan Brentford 3-0

City terpaksa berhempas pulas sebelum menumbangkan Brentford 3-0

Chelsea, Liverpool kongsi satu mata lepas seri 1-1

Chelsea, Liverpool kongsi satu mata lepas seri 1-1

Agihan STR 2026 di Long Lama ringankan beban penduduk luar bandar

Agihan STR 2026 di Long Lama ringankan beban penduduk luar bandar