Tambang bot Menumbok–Labuan dikembalikan kepada harga asal RM9 berkuat kuasa hari ini

KOTA KINABALU – Kadar tambang bot penumpang bagi laluan Menumbok ke Wilayah Persekutuan Labuan dikembalikan semula kepada harga asal RM9 berkuat kuasa serta-merta mulai hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia  hasil muafakatan persetujuan antara KPDN dan Pengusaha Bot-Bot Laju Menumbok selepas dua sesi perjumpaan diadakan susulan isu kenaikan tambang yang dilaksanakan pada 1 November lalu.

“Kadar tambang penumpang dikembalikan kepada harga asal RM9 berkuat kuasa hari ini, 11 Nov 2025 berbanding kenaikan harga RM12 sebagai surcaj bahan api yang telah diumum oleh pihak persatuan dan dilaksana pada 1 November 2025 lalu,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Jelasnya, KPDN dan agensi kerajaan berkaitan akan membantu menyegerakan kelulusan permohonan subsidi petrol RON95 sebaik para operator bot yang layak membuat permohonan melalui Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) bermula 13 November 2025.

Armizan berkata, sebagai langkah interim para operator bot yang layak juga dibenarkan membuat tuntutan bayaran balik kos tambahan bahan api melalui sistem yang sama, berkuat kuasa hari ini.

“Tuntutan bayaran balik untuk tempoh 30 September 2025 hingga 31 Oktober 2025, ketika harga tambang belum dinaikkan dan operator bot terpaksa menanggung kos tambahan, juga akan dipertimbangkan dengan disertai rekod pembelian,” ujarnya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16