Langgar syarat sah lesen, 2 vesel pukat jerut bilis ditahan Maritim Lahad Datu

LAHAD DATU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu menahan dua vesel pukat jerut bilis selepas dikesan melanggar syarat sah lesen di perairan Tabawan, Kunak, pada Isnin.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, kedua-dua vesel berkenaan ditahan kira-kira pukul 3.30 petang di kedudukan 0.5 batu nautika utara Pulau Tabawan oleh sepasukan anggota bot ronda Maritim Malaysia yang melaksanakan Op Pluto Timur 2/2023 dan Op Tiris 3.0.

“Sebuah vesel dikendalikan tiga warga tempatan manakala sebuah lagi dikendalikan seorang warga Filipina dan dua warga tempatan.

“Kesemua kru mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah bagaimanapun kedua-dua vesel berkenaan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan kurang daripada 1.5 batu nautika dari daratan terdekat,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Menurut Dzulfikhar, kedua-dua vesel dan kru dibawa ke Jeti Zon Maritim Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia sentiasa komited memastikan aktiviti perikanan dilakukan mengikut undang-undang demi menjaga sumber marin negara.

“Tindakan menahan bot yang melakukan kesalahan adalah langkah tegas bagi melindungi ekosistem perairan serta memastikan hak dan sumber nelayan pesisir terpelihara,” katanya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16