Takut Imigresen daripada buaya, 40 PATI nekad terjun laut

SEMPORNA – Anggaran seramai 40 individu disyaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) nekad terjun ke laut bagi mengelak dicekup pihak berkuasa dalam operasi di sebuah perkampungan atas air di sini, awal pagi Rabu.

Pengarah Imigresen Malaysia Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, tindakan individu berkenaan bagi mengelak pemeriksaan Imigresen walaupun terdapat dakwaan kemunculan reptilia itu di perairan kampung terbabit.

“Antara cabaran semasa di perkampungan atas air ada yang di antara mereka ini terjun ke laut sebenarnya.

“Jadi nasihat saya pada pegawai-pegawai saya, yang terjun ke laut tidak apa, pegawai tidak boleh terjun demi menjaga keselamatan sendiri.

“Melihat kepada insiden pagi tadi, ramai yang terjun ke dalam laut dan kita mendapati mereka ini lebih takut Imigresen daripada buaya,” katanya kepada media di Pejabat Imigresen Semporna, pada Rabu.

Menurut Sitti Saleha, operasi serentak di sekitar Kunak dan Semporna bermula 12 tengah malam hingga 5 pagi itu menahan 40 PATI daripada 70 individu yang diperiksa.

“40 PATI berkenaan membabitkan warga Pakistan, Indonesia dan Filipina iaitu 21 lelaki, empat wanita, 11 kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan.

“Antara kesalahan yang dikesan termasuklah ketiadaan dokumen pengenalan diri yang sah dan tinggal lebih masa yang akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Dalam pada itu, Sitti Saleha berkata, dua warga Pakistan yang turut ditahan dalam operasi itu kerana memiliki kad pengenalan yang diragui.

Sehubungan itu katanya, pengesahan kad pengenalan itu akan dirujuk kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

Jelasnya, sejak Januari hingga Rabu, Imigresen Sabah melaksanakan 1,019 operasi dengan pemeriksaan individu seramai 19,252 orang.

“Seramai 3,902 individu terdiri daripada warga Filipina, Indonesia, China, Pakistan dan lain-lain ditahan manakala 89 majikan turut didakwa kerana menyembunyikan PATI,” ujarnya.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan