Takut dihukum, pelajar 14 tahun lari dari sekolah

SEREMBAN – Seorang pelajar sekolah menengah dilaporkan hilang dari sekolahnya di Sikamat, di sini pada tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, identiti mangsa hilang dikenali sebagai Qayzikri Hazimi berusia 14 tahun dan kali terakhir dilihat memakai pakaian sukan sekolah.

Mohamad Hatta berkata, kes berkenaan tular di media sosial lebih kurang pukul 5.12 petang,

Menurutnya, polis telah menerima aduan daripada guru sekolah menyatakan bahawa seorang pelajar lelaki Melayu berusia 14 tahun telah melarikan diri dari sebuah sekolah.

“Daripada maklumat diperoleh, lebih kurang pukul 10.30 pagi, guru telah dimaklumkan oleh pelajar bahawa seorang pelajar lelaki dari tingkatan dua telah tiada di dalam kelas. Pihak sekolah telah cuba mencari di dalam kawasan sekolah dan juga asrama tetapi gagal dijumpai.

“Punca pelajar tersebut melarikan diri masih dalam siasatan. Dalam kes ini, seorang saksi iaitu rakan sekelas telah nampak pelajar tersebut keluar daripada kelas dengan membawa beg sekolah dan terus ke bahagian belakang asrama. Usaha mengesan sedang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Berikutan itu katanya, polis memohon bantuan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau ternampak pelajar tersebut agar menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Sarjan Shahrul Azhar Hamdan di talian 014-3434007.

Related Posts

RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

PAPAR – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pembinaan sebuah gelanggang futsal berbumbung lengkap dengan grandstand di daerah ini. Hajiji berkata, peruntukan itu sebahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

TENOM – Mahkamah hari ini memerintahkan pendakwah terkenal, Ebit Lew, membela diri terhadap kesemua 11 pertuduhan selepas mendapati wujudnya kes prima facie terhadapnya.‎‎Peguam bela, Datuk Ram Singh berkata, keputusan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’