Taktik ubah suai tangki, isi berulang RON95 terbongkar

GERIK — Taktik licik sindiket menyeleweng petrol RON95 dengan mengubah suai tangki kenderaan serta mengisi minyak secara berulang kali sebelum diseludup ke negara jiran akhirnya terbongkar menerusi Ops Tiris di sekitar Pengkalan Hulu, pada Khamis.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak dalam operasi bermula jam 12 tengah hari itu berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 60 hingga 70 tahun, selain menyita tiga kenderaan dan kira-kira 450 liter petrol yang disyaki diseleweng.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi bersepadu itu dilaksanakan oleh pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Gerik dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Gerik bagi memastikan pemeriksaan menyeluruh termasuk aspek teknikal kenderaan.

“Hasil risikan dan pemeriksaan, pihak kami menahan dua kereta jenis Mercedes Benz dan sebuah Toyota Camry yang dipercayai telah diubah suai pada tangki asal bagi tujuan penyelewengan petrol.

“Sindiket dikesan menggunakan modus operandi mengisi petrol secara berulang kali di stesen minyak berhampiran sebelum membawa keluar bahan api tersebut ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM15,741.50.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki memiliki atau menyimpan barang kawalan tanpa kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan.

Jika sabit kesalahan, individu boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala pertubuhan atau perbadanan pula boleh didenda sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama dan meningkat sehingga RM5 juta bagi kesalahan seterusnya.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta