Tak sangka Pas terima ‘katak politik’

ALOR GAJAH – Pengumuman yang dibuat oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyudin Hassan berkenaan penyertaan ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis ke dalam parti itu menerima pelbagai reaksi dari kalangan pengundi di kasawan DUN tersebut.

Muhammad Hafez Putih, 32, seorang peniaga yang juga pengundi di DUN Rembia terkejut tindakan yang dibuat oleh Jailani menyertai Pas setelah mewakli Barisan Nasional ketika bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lepas.

“Saya tak sangka YB Jai sanggup menyertai Pas dan meninggalkan BN. Lagi terkejut dan tak sangka pihak kepimpinan Pas pula boleh terima pemimpin atau katak politik seperti ini.

“Saya kenal YB Jai sebelum ini pada PRU14 (2018) dia menang di DUN Rembia atas tiket PKR dan selepas itu bersama UMNO serta menang bertanding semasa Pilihanraya Negeri (PRN) tahun 2022 tiket BN.

“PKR dah masuk, UMNO dah masuk, ni masuk Pas pula, apa nak jadi dia ni,” katanya kepada TheMalaysiaPress dengan nada kecewa.

Muhamad Hafez Puteh

Seorang lagi pengundi di kawasan Rembia yang mahu dikenali sebagai Fahmi Barakbah, 27, meluahkan kekecewaannya terhadap politik yang sedang dimainkan di kawasan DUN berkenaan.

Menurutnya, sebagai seorang pengundi yang mengikuti rapat perkembangan politik di kawasan berkenaan, seorang wakil rakyat yang dipilih perlu mempunyai prinsip yang teguh agar menjadi teladan kepada pengundi yang diwakilinya.

“Saya berasa sangat sedih drama politik yang nampaknya belum berakhir daripada orang yang sama.

“Saya mengikuti rapat tentang perkembangan sejarah YB Adun Rembia ini, untuk rekod yang saya tahu ini merupakan kali ke-4 beliau melompat parti iaitu UMNO, PKR, UMNO, Pas.

“Saya tak faham apa yang difikirkan. Beliau menggadaikan prinsip sebagai wakil rakyat yang dipilih… rupanya dah setahun beliau menyertai Pas.

“Sangat memeranjatkan saya lagi Pas menerima beliau sedangkan Pas sebelum ini sangat lantang memperjuangkan undang-undang lompat parti,” katanya ketika ditemui.

Mohd Aizad Saifuan, 36, ahli UMNO kawasan Rembia ketika ditemui memberitahu, pihak berkenaan terutama kerajaan perlu melihat dan mengkaji semula Akta Lompat Parti dengan lebih dalam terutama berkenaan kelompongan yang masih ada pada akta berkenaan.

“Apabila ADUN Rembia buat macam ini kita dapat melihat kelompongan dalam Akta Lompat Parti terutama dari sudut teknikal, ini sepatutnya ada perbincangan yang lebih dalam.

“Saya sebagai ahli parti saya marah, marah sangat dengan apa yang Jailani buat dan dia kutuk-kutuk UMNO tapi sebenarnya tahun lepas lagi dia dah rancang nak masuk Pas… eloklah tu dia kena gantung daripada dia kena buang, kalau katakan gantung tak bertali pasal kita dah tahu dia parasit.

“Kalau macam ini perangai dia, maksudnya umpama kau kahwin senyap-senyap tapi kau jadi parasit dalam parti, kau sibuk menyokong parti lain, kita dapat lihatlah ketamakan kuasa,” katanya kepada TheMalaysiaPress.

Mohd Aizad Safuan

Terdahulu, Takiyuddin membuat pengumuman kemasukan Jailani ke dalam Pas, menerusi sidang media yang dibuat di Parlimen.

Menurut Takiyuddin, penyertaan Jailani ke dalam Pas tidak akan menjejaskan kedudukan ADUN terbabit.

Hal itu kerana, kata Takiyuddin, Dewan Undangan Negeri Melaka belum lagi menguatkuasakan undang-undang antilompat parti semasa Jailani menyertai Pas.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan