Tak patut guna Qunut Nazilah untuk politik

PUTRAJAYA – Tindakan Ahli Parlimen Pembangkang membaca Qunut Nazilah selepas Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung enam bulan daripada persidangan Dewan Rakyat disifatkan bertentangan prinsip Islam sebenar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, memohon kehancuran terhadap lawan politik adalah satu perbuatan melampaui batas.

Katanya, tindakan membaca Qunut Nazilah terhadap musuh politik juga tidak menggambarkan akhlak politik Islam.

“Semalam Ahli Parlimen Jasin (Zulkifli Ismail) membaca Qunut Nazilah terhadap lawan politiknya.

“Ini bukannya akhlak politik Islam, jauh sekali hendak kata ini ajaran Islam.

“Dibacakan dalam Dewan Rakyat, jelas dia (Zulkifli) cuba berselindung di sebalik imuniti Parlimen,” katanya ketika sidang media di Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.

Saifuddin dalam masa sama menyeru rakyat Malaysia – terutama beragama Islam – untuk melihat perkara ini dengan jelas bahawa perbezaan fahaman politik tidak membezakan akidah atau keimanan.

“Membaca Qunut Nazilah jelas bertentangan dengan sejarah dan tujuan asal Qunut Nazilah iaitu pada zaman nabi, zaman khalifah dan zaman Saidina Ali.

“Qunut Nazilah seharusnya tidak diguna untuk mendoakan kehancuran terhadap seteru politik sesama umat Islam, apa lagi di Malaysia,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau sebagai Menteri Dalam Negeri mengingatkan sebarang bentuk amalan ekstremis dan pelampau seperti ini harus ditolak oleh rakyat Malaysia.

Semalam, media melaporkan Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang digantung enam bulan kerana membangkitkan surat layang ketika perbahasan, dengan diiringi bacaan Qunut Nazilah oleh sebahagian Ahli Parlimen pembangkang lain.

Bacaan Qunut Nazilah lazimnya dibaca umat Islam bagi mendoakan musuh agama atau dalam situasi perang.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

PUTRAJAYA – Konflik geopolitik yang berlaku di rantau Teluk ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan domestik di negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan