Tak bawa ‘cai’, nilai berdasarkan kelayakan dan kemampuan – Anwar

JOHOR BAHRU – Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak membawa sebarang ‘cai’ atau senarai calon sokongan dalam membuat pilihan semasa Pemilihan PKR, sebaliknya menilai setiap calon berdasarkan kelayakan dan kemampuan individu.

“Saya tadi tak bawa ‘cai’, sebab itu ambil masa panjang. Saya teliti satu-satu, tengok yang terbaik, baru kita undi. Kalau ada ‘cai’ sana, ‘cai’ sini, saya tak ikut begitu.

“Tengok mana yang terbaik, kita undi. Itu yang sebaiknya,” katanya kepada pemberita selepas selesai mengundi pada pemilihan parti hari ini.

Anwar hadir bersama isterinya, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut kelihatan, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa serta Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil.

Dalam pada itu, Anwar menyatakan sokongan terhadap kedua-dua kempen utama parti, iaitu Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa (HIRUK) dan Dari Akar, Membina Aspirasi Inklusif (DAMAI), dan berharap pemilihan dibuat secara adil tanpa dipengaruhi kumpulan sokongan.

“HIRUK dan DAMAI. Kalau setengah ada ‘cai’ sana, setengah ada ‘cai’ sini, saya tak. Saya harap dalam buat keputusan, dua-dua itu diambil kira, yang dirasakan terbaik,” jelas beliau.

Mengenai kehadiran Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli pada Majlis Perasmian Kongres Nasional PKR 2025 malam ini, Anwar menjangkakan Rafizi akan hadir walaupun belum dimaklumkan secara rasmi.

“Saya ingat dia datang. Dia tak beritahu, tapi saya ‘assume’, sebab dia Timbalan Presiden, dia mesti datang,” katanya, sambil menambah bahawa Rafizi sentiasa menjalankan tugasnya dengan baik termasuk menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri.

Majlis perasmian dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini malam ini, dan Anwar dijangka menyampaikan ucapan dasar sebagai Presiden parti.

Ketika ditanya mengenai inti pati ucapannya, Anwar berseloroh, “Ada ke ucapan presiden tak singgung, mesti singgung-menyinggung.”

Related Posts

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengundang pemimpin tertinggi setiap parti politik Melayu dan Islam untuk memulakan usaha pembentukan kolaborasi agung dalam masa terdekat. Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

KUALA LUMPUR – Pelbagai kenyataan dikeluarkan yang bertentangan daripada kepimpinan utama DAP datangnya daripada ‘Team B’ sehingga menimbulkan konflik yang mengguris rakan komponen Kerajaan Perpaduan. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim