Tahniah Awie, bukti rakyat Kelantan terima gabungan Perpaduan – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah atas kemenangan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie atas kemenangan di PRK Nenggiri.

Menerusi hantaran Facebook, Perdana Menteri turut yakin ia adalah bukti rakyat Kelantan menerima kesepakatan yang terhasil menerusi gabungan Perpaduan.

“Kemenangan ini juga adalah penzahiran kepercayaan rakyat yang semakin menyesuaikan diri dengan gelombang perubahan di bawah Kerajaan Madani, selaras dengan petanda lonjakan ekonomi negara yang kian mekar sejak akhir-akhir ini.

“Insya-Allah, kemenangan ini menjadi suntikan moral untuk Kerajaan Madani tekal dalam usaha memelihara kebajikan rakyat dan menjulang kemakmuran negara ke tingkat tertinggi,” katanya.

The Malaysia Press sebelum ini melaporkan, Azmawi, 38, menewaskan calon Bersatu yang mewakili Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail sekali gus menawan semula kerusi DUN Nenggiri pada PRK hari ini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Nenggiri, Nik Raisnan Daud mengumumkan kemenangan Azmawi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, jam 9.30 malam tadi.

Azmawi menang selepas memperoleh 9,091 undi menewaskan pencabarnya, Mohd Rizwadi, yang meraih 5,739 undi.

Related Posts

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

PUTRAJAYA – Sistem pendaftaran keahlian UMNO secara dalam talian mencatat sambutan menggalakkan apabila seramai 3,716 ahli baharu berjaya direkodkan dalam tempoh kurang 24 jam sejak dilancarkan. Berdasarkan data dikongsi Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MEMALUKAN! Demikian perkembangan terkini yang mengaitkan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dengan pertikaian undang-undang berhubung kenyataan terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bukan sekadar isu individu. Ia membuka persoalan lebih besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal