Azmawi mula tugas turun padang jumpa pengundi

GUA MUSANG – Selepas diumum menang pada pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri malam tadi, calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, memulakan tugas dengan turun padang menyantuni penduduk sebagai tanda terima kasih.

Seawal jam 7 pagi, Mohd Azmawi Fikri yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan Gua Musang berkunjung ke beberapa warung di Sungai Asap, dekat sini, bertemu pengundi.

Kehadiran Mohd Azmawi disambut baik oleh penduduk kampung dan masing-masing mengambil kesempatan untuk bergambar dan merakamkan ucapan tahniah kepada calon BN itu.

“Alhamdulillah hari ini… sepanjang hari saya akan berkunjung bertemu pengundi seramai yang mungkin sebagai tanda terima kasih kepada semua yang memilih saya semalam.

“Usaha ini bukan dilakukan pada hari ini sahaja, sebaliknya rutin bertemu penduduk akan dilakukan sebaik mungkin dan secara berterusan.

“Tanpa pengundi, saya tidak ke mana dan saya berterima kasih kepada semua penduduk di Nenggiri,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini dia masih terkejut dengan kemenangan itu dan memperoleh majoriti besar.

“Saya turun gelanggang dengan kekalahan 810 undi dan pada awalnya saya menjangkakan hanya menang tipis, sebaliknya ia kemenangan besar yang tidak dijangka,” katanya.

Terdahulu, calon BN, Mohd Azmawi Fikri diumumkan secara rasmi menang pada PRK Nenggiri dengan menewaskan calon Bersatu mewakili PN, Mohd Rizwadi Ismail sekali gus menawan semula kerusi itu.

Mohd Azmawi Fikri, 38, secara rasmi menang dengan memperoleh 9,091 undi menewaskan pencabarnya daripada PN, Mohd Rizwadi yang meraih 5,739 undi.

Related Posts

Ulama UMNO sokong pandangan Syeikh Wazir

PUTRAJAYA – Majlis Ulama UMNO bersetuju dengan pandangan ulama pondok Kelantan bahawa Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan sehingga akhir penggal. Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Khairuddin Takiri berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Himpunan turun Anwar gugat keyakinan pelabur, jejas ekonomi rakyat – MB Perak

BERUAS – Rakyat Perak dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan sentimen pembangkang yang mengajak orang ramai menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung pada 26 Julai ini di Kuala Lumpur. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Pemancing hilang di Umas-Umas

Pemancing hilang di Umas-Umas

Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET

  • By Ynom
  • July 20, 2025
Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET