Syarikat keluli Sepanyol henti eksport ke Israel

SYARIKAT pengeluar keluli utama Sepanyol, Sidenor, mengumumkan bahawa pihaknya akan menghentikan sepenuhnya semua urus niaga perdagangan dengan Israel.

Keputusan itu dibuat susulan pendedahan media Ireland, The Ditch, yang melaporkan bahawa Sidenor telah menghantar sebanyak 1,207 tan batang keluli kepada pengeluar senjata Israel, IMI Systems, dalam tempoh 10 bulan sejak Ogos tahun lalu, lapor Anadolu.

Sidenor, yang berpangkalan di wilayah Basque dan merupakan antara pengeluar keluli khas terbesar di Eropah, menyatakan bahawa Israel hanya menyumbang kurang daripada 0.5 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan syarikat.

Menurut laporan stesen penyiaran Sepanyol, Cadena Ser, keputusan itu selari dengan gesaan kerajaan Sepanyol agar semua hubungan perdagangan dengan Israel dihentikan.

Menteri Hal Ehwal Pengguna Sepanyol, Pablo Bustinduy, dalam kenyataan di platform media sosial Bluesky berkata, keputusan Sidenor dibuat hasil tekanan masyarakat.

“Saya masih menunggu maklum balas daripada Presiden Konfederasi Majikan Sepanyol berhubung gesaan kerajaan agar semua syarikat Sepanyol memutuskan hubungan dengan rejim pendudukan, dasar apartheid dan tindakan genosid terhadap rakyat Palestin,” katanya.

Kerajaan Sepanyol sebelum ini memaklumkan bahawa ia telah menggantung semua urus niaga senjata dengan Israel sejak serangan terhadap Gaza bermula. Namun, beberapa laporan media mendedahkan bahawa masih terdapat kontrak aktif yang belum dibatalkan sepenuhnya.

Sepanyol merupakan antara negara Eropah yang paling lantang mengkritik tindakan Israel, yang setakat ini telah meragut lebih 56,600 nyawa dan menyebabkan ratusan ribu penduduk berada di ambang kebuluran.

Tahun lalu, Sepanyol turut mengambil langkah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, minggu lalu menyelar Kesatuan Eropah (EU) kerana masih gagal menggantung perjanjian perdagangan dengan Israel, meskipun berlaku pelanggaran terang-terangan terhadap klausa hak asasi manusia dalam perjanjian berkenaan.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16