Suspek tipu warga emas ketika keluarkan wang di ATM berjaya ditahan

KUCHING – Seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun telah berjaya ditahan polis susulan kejadian kecurian wang di sebuah mesin ATM yang melibatkan seorang warga emas berumur 75 tahun.

Menurut kenyataan Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintenden Merbin Lisa, dalam kejadian yang berlaku pada 30 Mac lalu sekitar jam 8.30 pagi di sebuah bank di kawasan Stutong, Kuching, mangsa sedang cuba mengeluarkan wang sebelum dihampiri seorang lelaki yang berpura-pura ingin membantu. 

“Selepas mangsa memasukkan kad ATM dan kata laluan, suspek bertindak menekan jumlah pengeluaran sebanyak RM1,500 dan hanya menyerahkan RM300 kepada mangsa sebelum melarikan diri bersama baki wang tersebut,” jelas beliau.

Bertindak atas maklumat awam, pada 4 April sekitar jam 1.55 petang, sepasukan polis dari Cawangan D4, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah membuat tangkapan ke atas suspek di Kenyalang Park. 

“Beberapa barang kes turut dirampas dan hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian itu serta mempunyai 10 rekod jenayah lampau. 

Jelas beliau, ujian saringan awal dadah ke atas suspek menunjukkan keputusan negatif.

Suspek kini ditahan reman selama tiga hari sehingga 8 April untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Beliau menasihatkan orang ramai, khususnya warga emas, supaya lebih berhati-hati semasa berurusan di mesin ATM dan menyarankan urusan pengeluaran wang dilakukan bersama ahli keluarga bagi mengelakkan menjadi mangsa jenayah.

Related Posts

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

PUTATAN – Kerajaan melalui Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berhasrat menjadikan Putatan sebagai Pekan Durian Tahunan serta Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti melalui pelaksanaan program Kebun Dapur. Menteri Pertanian, Perikanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan
  • YnomYnom
  • January 16, 2026

NABAWAN – Seorang lelaki berusia 40-an dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sungai semasa melakukan aktiviti rafting di Kabulongou Earth, Sepulut Nabawan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA