Parlimen Pensiangan bakal terima tiga Tamu Desa tahun ini

PENSIANGAN – Tiga premis Tamu Desa akan dibina di kawasan Parlimen Pensiangan pada tahun ini, melibatkan kawasan Tulid, Sook dan Nabawan

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, pada tahun lalu Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) membina tiga premis Tamu Desa di kawasan parlimen yang sama, iaitu dua di Sook dan satu di Nabawan.

“Dalam lawatan kerja sehari ke Tulid dan Sook, saya berpeluang meninjau gerai tamu sedia ada di Kampung Pulutan yang menjadi lokasi ibu-ibu dan anak-anak muda menjual hasil tani, kuih-muih serta produk lain setiap hari Sabtu.

“Gerai ini dibina sendiri oleh para usahawan tamu di kampung tersebut.

“Selepas menilai kesesuaian tapak, saya bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi membina premis Tamu Desa baharu yang lebih selesa dan teratur, menggantikan gerai sedia ada,” katanya di sini pada Sabtu.

Beliau turut meninjau gerai tamu di Kampung Kabatang Baru, Tulid, yang juga dibina oleh para usahawan tempatan namun lokasi gerai tersebut terletak dalam kawasan rizab jalan utama dan didapati berisiko dari segi keselamatan.

“Bersama JKKK dan persatuan tamu, kami meninjau tapak cadangan baharu yang lebih luas dan selamat untuk pembinaan premis Tamu Desa di kampung ini,” katanya.

Beliau berharap agar premis yang akan dibina itu memberi manfaat kepada para usahawan, khususnya ibu-ibu serta para pengunjung.

Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), turut menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran pemimpin UPKO kawasan Tulid dan Sook.

Mengenai sambutan tersebut, beliau menyifatkan kehadiran ramai rakyat berbilang kaum dan agama mencerminkan semangat perpaduan yang tinggi.

“Saya menghargai kebersamaan rakyat hari ini, dan yakin semangat toleransi, hormat-menghormati, dan saling bekerjasama ini akan terus dipertahankan dan diperkasakan.

Dalam ucapannya, beliau turut berkongsi pelbagai inisiatif kerajaan khususnya melalui KUSKOP, termasuk fokus tambahan menerusi Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara (Perspektif KUSKOP).

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda