
KUCHING – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak telah mengambil tindakan tegas terhadap dua individu yang disyaki cuba menyuap anggota polis.
Kejadian bermula pada 31 Ogos lalu apabila pasukan polis menjalankan rondaan di Sadong Jaya.
Mereka menahan sebuah kenderaan yang diubah suai untuk aktiviti penyeludupan minyak diesel.
Kemudian, dua lelaki yang berada di dalam kenderaan tersebut ditahan dan dibawa ke Balai Polis Asajaya untuk siasatan lanjut.
Semasa siasatan, salah seorang suspek cuba merasuah anggota polis dengan menawarkan wang tunai sejumlah not RM50 (anggaran RM500).
Namun, cubaan rasuah ini gagal dan suspek tersebut diserahkan kepada SPRM Sarawak untuk siasatan lanjut.
SPRM Sarawak kemudiannya memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek yang cuba merasuah polis tersebut.
Selain itu, menurut kenyataan rasmi SPRM Sarawak, permohonan perintah remah sudah pun diluluskan oleh mahkamah.
Menurut SPRM Sarawak, permohonan memanjangkan tempoh perintah reman ini diperlukan untuk membolehkan pihak mereka menjalankan siasatan yang lebih menyeluruh, termasuk mengenal pasti rakan subahat, mengesahkan identiti kenalan, dan mengesan sumber wang rasuah.
Selain itu, SPRM Sarawak juga memohon kepada mahkamah agar suspek ditahan di lokap SPRM Sarawak sepanjang tempoh reman.
“Ini bagi memastikan proses siasatan berjalan lancar dan tidak terganggu,” jelas SPRM Sarawak menerusi kenyataan rasmi.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Dengan tindakan tegas yang diambil oleh SPRM Sarawak, diharapkan dapat memberi pengajaran kepada mana-mana pihak yang cuba melakukan perbuatan rasuah.







