Suspek menyamar polis diburu

SRI AMAN – Pihak polis kini giat memburu suspek yang terlibat dalam kes menyamar sebagai polis dan kesalahan memeras ugut di Sri Aman.

Difahamkan alamat suspek yang berusia 31 di Jungkong Pandak, Bukit Balau, Lingga.

Menurut Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mathew Manggie, suspek tidak hadir di Mahkamah Majistret Sri Aman pada 22 Ogos lalu.

“Satu waran tangkap dikeluarkan oleh majistret ke atas suspek. Kami sedang giat menjejaki keberadaan suspek”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta segera melaporkan kepada Balai Polis Sri Aman di talian 083-322121 atau berhubung terus dengan Penolong Pegawai Penyiasat,Sarjan Zuriana Jamali di talian 010-7883733.

Related Posts

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

SANDAKAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneruskan komitmen memperkasa sektor perumahan di Sabah melalui pelaksanaan Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN). Timbalan Menterinya, Datuk Aiman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

PAPAR – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pembinaan sebuah gelanggang futsal berbumbung lengkap dengan grandstand di daerah ini. Hajiji berkata, peruntukan itu sebahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM