Bantu kegiatan ah long, dua lelaki diberkas

TAWAU – Polis berjaya memberkas dua lelaki warga tempatan dipercayai membantu kegiatan ah long di sekitar kawasan Felda Umas, Kalabakan, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kedua-dua suspek berumur 29 dan 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10 malam.

“Tangkapan dibuat atas aduan seorang lelaki berumur 27 tahun apabila pintu dan dinding rumahnya di Batu 6, Jalan Apas disimbah cat merah oleh individu tidak dikenali pada Sabtu lepas.

“Suspek juga meninggalkan pesanan suara dengan ugutan untuk membakar kereta pengadu dan keluarganya serta mengugut bahawa mengetahui kedudukan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jasmin berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut yang diupah oleh pemberi pinjaman wang dalam talian (ah long) untuk menuntut bayaran hutang daripada mangsa.

Kedua-dua suspek telah direman sehingga 30 Ogos ini untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951.

Dalam kes berasingan, polis juga menahan seorang lelaki warga asing dan merampas 16.04 gram syabu di kawasan Fajar pada Ahad lalu.

“Suspek merupakan warga asing berumur 39 tahun ditahan sepasukan polis rondaan cegah jenayah kerana mencurigakan dan dikejar sekumpulan orang awam di sekitar kawasan berkenaan.

“Suspek dipercayai mencuri telefon bimbit seorang lelaki berumur 28 tahun sebelum melarikan diri sementara pemeriksaan lanjut pada beg suspek menemui tiga peket hablur jernih disyaki syabu,” katanya.

Menurut Jasmin, suspek disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

SANDAKAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneruskan komitmen memperkasa sektor perumahan di Sabah melalui pelaksanaan Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN). Timbalan Menterinya, Datuk Aiman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

PAPAR – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pembinaan sebuah gelanggang futsal berbumbung lengkap dengan grandstand di daerah ini. Hajiji berkata, peruntukan itu sebahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM