Guna LRT untuk ke himpunan solidariti Palestin

ORANG RAMAI dinasihat menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil, malam ini.

Rapid KL dalam hantaran di Facebook turut menyarankan penumpang menggunakan kad Touch ‘n Go (TnG) untuk perjalanan yang lebih lancar.

“Jom naik LRT ke Perhimpunan Pembebasan Palestin dan turun di Stesen LRT Bukit Jalil,” katanya.

Himpunan itu dijangka bermula jam 6 petang adalah untuk menghantar mesej bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan kekejaman berterusan rejim Zionis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka menyampaikan pidato untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin bersama beberapa pemimpin lain.

Antara program diatur adalah Pidato Solidariti Palestin, solat Maghrib berjemaah, sesi tayangan video khas dan diakhiri dengan doa Qunut Nazilah.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sebelum ini dilaporkan berkata, kira-kira 20,000 orang dijangka hadir bagi menyertai himpunan berkenaan.

Related Posts

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

KUCHING – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan reformasi pendidikan yang sebenar bermula dari bilik darjah dan bukan sekadar perubahan dasar besar semata-mata. Menurut beliau, sambutan Hari Guru bukan sekadar perayaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
15 Mei tarikh akhir hantar borang nyata e-filing bagi pembayar cukai bukan perniagaan

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengingatkan orang ramai bahawa tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2024 bagi pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan adalah pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI tidak lupa ‘mempersiapkan’ golongan belia – Azalina

Kerajaan MADANI tidak lupa ‘mempersiapkan’ golongan belia – Azalina

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku