Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini disambung reman

HULU SELANGOR – Suspek yang terbabit dalam kes bunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini, pagi ini.

Difahamkan, suspek yang juga anggota polis berpangkat Lans Koperal dibawa ke mahkamah untuk sambung reman yang tamat hari ini.

Suspek yang memakai baju lokap dan pelitup muka tiba jam 9 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Pada masa sama, lebih 10 petugas media sudah berkumpul di perkarangan mahkamah bagi membuat liputan.

Sebelum ini, suspek direman selama tujuh hari bermula 16 Julai hingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini, 25, ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, kira-kira jam 6 petang.

Ia susulan penahanan suspek yang juga anggota polis selepas mangsa dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat