Elak keciciran, veteran ATM digesa daftar VIBES 2.0

SUNGAI PETANI – Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digesa membuat pendaftaran melalui Veteran Integrated Benefit System (VIBES 2.0) yang menyediakan pelbagai kemudahan.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Datuk Zambery Jefry Darus berkata, VIBES 2.0 merupakan aplikasi mudah alih yang perlu didaftarkan oleh setiap veteran sekali gus mengelakkan isu keciciran menerima manfaat menerusi perkembangan teknologi digital.

Menurutnya, melalui sistem pangkalan data baharu tersebut, keupayaan pengurusan, pemantauan, pelaporan maklumat veteran dan waris akan lebih berkesan.

“Saya sarankan susah macam mana pun, bagi lah anak cucu tolong daftar dan kemas kini VIBES termasuk veteran pencen dan tidak berpencen supaya segala manfaat, faedah, kebajikan, pelajaran anak-anak, nak mohon rumah baru, baiki rumah, mohon apa sahaja termasuk peralatan perubatan dan sebagainya ada dalam ‘online’ sahaja lepas ini.

“Jadi satu perubahan yang perlu diikuti (veteran) kerana dunia berubah, teknologi berubah dan cara penyampaian berubah,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Veteran Komando Malaysia Zon Utara ke-18, di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari di sini pada Sabtu.

Menurut Zambery, pada masa hadapan, VIBES boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk daftar masuk hospital, manfaat pendidikan anak tanggungan dan pembelian barangan di premis kedai yang turut sama mengambil bahagian dalam memberikan potongan diskaun kepada veteran.

“Aplikasi ini boleh digunakan secara sepenuhnya pada suatu ketika nanti apabila kita tidak lagi menggunakan kad (pesara) secara fizikal,”katanya.

Difahamkan, setakat ini, seramai 619,581 veteran direkodkan telah berdaftar menggunakan sistem VIBES 2.0 manakala 88,187 direkodkan telah meninggal dunia.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa JHEV mampu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada veteran tentera dan tanggungan menerusi VIBES 2.0.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, hebahan maklumat pelbagai kemudahan, permohonan, semakan status permohonan, semakan faedah persaraan, tarikh jadual pencen, bantuan kebajikan, kemaskini maklumat peribadi dan waris, tuntutan perubatan serta pengurusan persatuan veteran boleh didapati dalam sistem tersebut.

Related Posts

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan kes ‘mafia korporat’ setakat ini tidak melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis