Suspek bunuh, bakar rumah di Pagoh berjaya ditahan

MUAR – Selepas lima hari menghilangkan diri, suspek lelaki yang dipercayai membunuh tiga anggota keluarganya sebelum kediaman itu dibakar berjaya ditahan polis awal pagi tadi.

Diahamkan suspek berusia 48 tahun ketika itu sedang merayau di sekitar Bukit Bintang, di ibu kota sebelum ditahan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah (BJSD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar hasil maklumat awam.

Susulan penahanan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Muar dan berjaya direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia dikeluarkan Majistret Fatin Dalilah Khalid sehingga 20 Ogos itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Dalam kejadian tragis yang meragut nyawa tiga ahli keluarganya pada Jumaat lalu itu, suspek dikatakan bertindak melarikan diri dengan meninggalkan motosikal yang ditungganginya di Hentian Bas Bentayan, di sini sebelum menaiki bas ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Kebakaran sebuah kediaman di Kampung Sekolah Paya Redan, Pagoh, di sini mengorbankan nyawa ibu dan bapa suspek sendiri, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan Ara Abdul Hamid, 76, serta anak saudaranya, Noradriana Nor Hisyam, 11 tahun.

Bagaimanapun pasangan warga emas yang rentung dalam kebakaran berkenaan dikesan turut mempunyai unsur kecederaan manakala punca kematian Noradriana yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar disahkan akibat cedera dipukul objek tumpul.

Tragedi itu turut menyebabkan seorang lagi cucu perempuan mereka yang berusia 14 tahun mengalami kecederaan dan sedang dirawat di HPSF.

Susulan itu, polis yang pada awalnya mengklasifikasi kes sebagai mati mengejut menukar siasatan kepada 302 kanun keseksaan kerana membunuh selepas mendapati terdapat elemen jenayah pada badan ketiga-tiga mangsa yang maut.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Muar, hari ini untuk direman bagi membantu kes kematian dan kebakaran sebuah kediaman di Kampung Sekolah Paya Redan, Pagoh, Muar, Jumaat lalu.

Related Posts

Isu binaan haram dan kepentingan negara

RAMAI mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) begitu tegas terhadap para pendemo berkaitan isu kuil haram. Ada yang menafsirkannya sebagai sikap keras terhadap kebebasan bersuara. Namun tafsiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Realiti ekonomi Terengganu: Angka besar belum tentu ubah nasib rakyat

POSTER propaganda yang mendakwa Terengganu kini ‘bersih, telus dan maju tanpa rasuah’ mungkin kelihatan meyakinkan di atas kertas. Angka untung ratusan juta, hutang berkurang dan pengiktirafan indeks ketelusan digunakan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang