Kerajaan Kelantan gagal urus sektor ekopelancongan

GUA MUSANG – Kedudukan Felda Perasu dekat sini boleh dikatakan agak strategik.

Jarak dari bandar Gua Musang ke tanah rancangan itu kira-kira 20 kilometer.

Laluan menghala ke Felda itu juga dikelilingi kebun sawit serta anak sungai yang mengalir dari Gunung Rabong.

Sudah tentu ia boleh dijadikan produk ekopelancongan jika kerajaan negeri memberi tumpuan khusus.

Namun, sayang sekali apabila laluan anak sungai di situ sering bertukar warna.

Ada kalanya ia menjadi keruh dan tidak sesuai untuk aktiviti mandi-manda.

Seorang penduduk mendakwa, hujan di hulu sungai mengakibatkan air menjadi keruh.

Namun, boleh dikatakan alasan itu kurang ‘masuk akal’ kerana ada pihak mendakwa kawasan bukit sekeliling Felda Perasu menjadi tumpuan aktiviti pembalakan.

Cuma tidak dapat dipastikan sama ada ia dilakukan secara ‘halal atau haram’.

Namun jika benar ada aktiviti pembalakan sekali pun, perkara itu bukan aneh.

Ini kerana pendedahan dibuat Timbalan Ketua Operasi Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri untuk Barisan Nasional (BN), Syahbuddin Hashim mendakwa kerajaan Kelantan memberi 54 kelulusan untuk aktiviti pembukaan hutan sejak tahun 2022.

Seorang penduduk mendakwa, kerajaan negeri tidak begitu mengambil tahu mengenai potensi sektor ekopelancongan yang terdapat di situ.

“Adalah ‘resort’ diusahakan dalam kawasan Perasu, inap desa pun ada… tapi produk tidak dijaga dengan baik oleh kerajaan.

“Kalau tidak diurus dan diselenggara… siapa yang nak datang sini,” katanya.

Related Posts

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

KUANTAN – Kerajaan Pahang sedia membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) untuk waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Ulu Dong, dekat Raub, hujung bulan lalu. Perkara itu diumumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia