Surat terbuka buat sahabat pengundi Nenggiri

Assalamualaikum adik kakok, sobat-sobat di Nenggiri. Harapnya semua adik kakok, sobat-sobat dalam keadaan sihat dan dilimpahi rahmat Allah sentiasa.

Ambo ni orang Nenggiri hok cari rezeki tempat orang, anak perantau. Ambo ni bukan orang parti dan jarang nok ulas pasal politik. Bagi ambo, parti politik gitu la, masing-masing tahu dah. Tapi hok bezanya calon hok kita nak pilih nanti sama ada boleh kijo atau tokleh buat kijo untuk kito di Nenggiri ni.

Bakpo ambo tulis surat ni?

Ambo terpanggil untuk kongsi dan luah rasa hati kepada adik kakok woris waroh ambo di Nenggiri ni. Bukan nok ngajar tapi sekodar nok wi panduan biar puok kito ni tahu dan buleh pilih Tok Wakil terbaik nanti.

Nenggiri loni

Nenggiri ni dalam Jajahan Gua Muse, Gua Muse pulok salah satu jajahan di Kelate. Kelate ni lama doh ditadbir oleh Pas. Lebih 30 tahun doh. Tapi Nenggiri loni, lebih kurang jah nga Nenggiri sebelum ni. Takdok kemajuan, takdok kemudahan, stesen minyok jauh, mesin ATM pun takdok, jalan pun koho shari koho berat. Internet pun slow kade-kade ado kade-kade takdok. Gitulah Nenggiri.

Masa turun dari Cameron, ambo tengok signboard ‘Anok Klate Saye Hute’ tapi tengok ko bukit tengok ko hutan, abis licin doh. Takdok pokok, hok napok tanah merah nga air sungai keruh. Bakpo jadi gitu? Pembalakan adik kakok. Hasil pembalakan ni banyak, Kerajaan negeri ambik hasil tempat kito, tapi gapo hok kita buleh? Duk staro tu jah jugok 30 tahun lebih pun. Ore kata koho lok, koho punoh.

PRK dan calon Tok Wokil

Ambo rasa suko bila tengok dalam tv, dalam tiktok, ramai turun ke kampung ambo di Nenggiri ni. Bukan sebab raya Aidilfitri, tapi sebab Pilihan Raya Kecil Nenggiri. Nok Ngundi pilih Tok Wokil untuk kito hantar ke Dewan Undangan Negeri. Untuk bahas dan buat dasar, undang-undang, untuk bice nok maju negeri, pasal ekonomi dan banyok lagi.

Ambo kejut bila calon diumum. Kejut bukan gapo, ambo nga saeng-saeng kampung duk gamok Tok Gawo Sun Najaman hok naik jadi calon, tapi
nama lain. Wadi. Ambo kurang kenal Wadi, mungkin sebab ambo lama duk luar.

Alik UMNO, awal-awal gegey doh. Awie. Katonya Awie ni meme lama doh duk wat kijo, jaga kawasan. Zaman Covid dulu pun nat-nat rumah dio jajak wi bantuan. Anak muda nga Awie pun duk bbelit kaki sokmo. Nok bola buleh, nok sepok pun buleh. Jenis tok kkiro sangat bab tu.

Antara Awie dan Wadi

Acu adik kakok tengok calon-calon tok wokil kito ni. Tahap pendidikan demo tu. Jauh sakan adik kakok Wadi nga Awie ni. Wadi ada SPM jah, Awie ambo tengok ada Ijazah Pentadbiran Perniagaan. Awie ni napok buleh bawak tengah ttepi.

Ambo tengok jugok kredibiliti calon ni. Maso umum calon, wartawan tanya Wadi tapi hok jawabnya Faizal Azumu. Umum Manifesto pun Radzi Jidin hok cerito. Pah Wadi jong gapo? Jong hangguk jah napoknya. Lagu ni ko nok jadi Tok Wokil?

Ambo tengok jugok Awie, cara jawab nga wartawan napok steady, yakin dan buleh harap. Jawapan pun kena nga soalan. Tidok kata jawab koksey. Ada idea, idea seorang anak muda. Hok buleh majukan Nenggiri.

Harapan ambo

Ambo ni sayang ko Nenggiri dan sayang jugok ko adik kakok. Pilih la Tok Wokil hok betul. Hok molek. Hok buleh kecek di dewan. Hok ada idea majukan Nenggiri. Hok cerdik. Hok buleh jaga kito. Ambo tok napok ore lain doh. Ambo akan pilih Awie. Ambo harap ko budak Awie ni. Budok cerdik dan buleh perjuangkan dan majukan Nenggiri.

InsyaAllah. Ambo balik Jumaat ni untuk ngundi Sabtu nanti. Adik kakok, sobat-sobat hok nok balik ngundi tu, bawak kreto molek, toksoh lorak, kalu ngatuk breti, berhati-hati.

17 Ogos nanti, kito pakat-pakat tubik ngundi, pilih Awie!


Ikhlas daripada,

Anok Jati Nenggiri di Perantauan
14 Ogos 2024

Related Posts

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

BARISAN Nasional (BN) terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik di Sabah bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pengerusi BN…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

LAHAD DATU – Parti Bersatu Sabah (PBS) mengekalkan pendirian bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bergerak solo sekiranya tidak berlaku sebarang rundingan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment