Sumbangan Ananda Krishnan dalam dunia korporat, kemasyarakatan terus dikenang – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutus takziah kepada keluarga taikun telekomunikasi negara, Tan Sri T Ananda Krishnan.

Kata Anwar, sumbangan mendiang dalam dunia korporat, filantropi (dermawan) dan kemasyarakatan pasti akan terus diingati.

“Terima perkhabaran pemergian mendiang Ananda Krishnan hari ini.

“Saya utus takziah buat keluarga mendiang dan semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

“Sumbangan mendiang dalam dunia korporat, filantropi dan kemasyarakatan pasti akan terus diingati,” ucap Anwar dalam hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Ananda Krishnan meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.

Anak kelahiran Brickfields Kuala Lumpur itu terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk minyak, peternakan kuda di Australia, studio kartun Hollywood, telekomunikasi, multimedia, perkapalan, tenaga dan hartanah yang majoriti syarikatnya beroperasi di Asia Tenggara.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan