Sultan Pahang titah institusi pendidikan agama diperkasa

KUANTAN – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berharap maahad tahfiz, madrasah dan pondok di negeri itu dapat diperkasa dengan melaksanakan pendekatan pendidikan yang akan membawa institusi pendidikan terbabit ke arus perdana.

Al-Sultan Abdullah bertitah sebagai Ketua Agama Islam di Pahang, baginda bertanggungjawab memastikan kewujudan sistem pendidikan berkualiti dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja memiliki dan menguasai ilmu tetapi juga berdaya saing mendepani cabaran serta memenuhi kehendak semasa.

“Beta yakin dan percaya bahawa kita memerlukan pembangunan sumber manusia yang kreatif dan inovatif, di samping kukuh dalam pegangan agama Islam serta memiliki jati diri yang mantap berasaskan Ahli Sunah Waljamaah.

“Dalam konteks ini, visi dan misi beta adalah bagi memastikan generasi anak-anak pelajar di maahad tahfiz, madrasah dan pondok diberikan peluang yang sama untuk berperanan secara langsung dalam memakmurkan negeri ini,” titah baginda seperti dilapor Bernama.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika menyempurnakan perasmian Persidangan Pengetua Dan Pengusaha Maahad Tahfiz, Madrasah Dan Pondok Negeri Pahang di Hotel Grand Darul Makmur, hari ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah penubuhan dan pelaksanaan institusi pendidikan seperti maahad tahfiz, madrasah serta pondok memerlukan kerjasama pelbagai agensi berwajib namun proses itu bukan mudah kerana membabitkan aspek penting seperti isu keselamatan, kebakaran, kesihatan serta kebajikan pelajar yang perlu diberi perhatian bagi memastikan ia dapat beroperasi dengan lancar.

“Beta tidak mahu lagi berlaku kes-kes kebakaran seperti sebelum ini.

“Beta dimaklumkan antara tahun 2017 sehingga tahun 2022, sekurang-kurangnya enam kejadian kebakaran melibatkan maahad tahfiz, madrasah dan pondok telah berlaku berpunca dari masalah pendawaian elektrik,” titah baginda.

Related Posts

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

KABONG – Kabong bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi tuan rumah bagi Kabong International Beach Trail Marathon (KIBTM) 2025, acara maraton pantai bertaraf antarabangsa pertama yang dianjurkan di Sarawak. Acara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

KABONG – Usaha memperkasa sukan tradisional terus mendapat perhatian apabila Kelab Tarik Tali Trass Merah Kabong menerima sumbangan geran berjumlah RM8,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM