SUKMA XXI – UKAS anjur pertandingan gambar, penulisan terbaik

KUCHING – Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Abdullah mengumumkan warga media Sarawak diberikan ganjaran untuk karya terbaik mereka sepanjang berlangsung SUKMA XXI bagi kategori gambar dan penulisan terbaik.

Abdullah berkata kedua-dua kategori berkenaan menawarkan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 2,000 akan diberikan untuk pemenang tempat pertama, RM1,000 untuk tempat kedua, dan RM500 untuk tempat ketiga.

Pada masa yang sama, beliau turut menegaskan pentingnya pengamal media bersikap sensitif dalam penulisan bagi menggelakkan penulisan laporan berita yang boleh mencetuskan kontroversi atau merendahkan semangat atlet.

“Kita harus memastikan penulisan dapat memberi impak positif dan menyokong semangat para atlet,” ujarnya.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXI Sarawak 2024, Datuk Hii Chang Kee, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Morshidi Frederick, Pengarah UKAS Samuel Simon serta tetamu jemputan yang lain.

Related Posts

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

PUTATAN – Kerajaan melalui Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berhasrat menjadikan Putatan sebagai Pekan Durian Tahunan serta Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti melalui pelaksanaan program Kebun Dapur. Menteri Pertanian, Perikanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan
  • YnomYnom
  • January 16, 2026

NABAWAN – Seorang lelaki berusia 40-an dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sungai semasa melakukan aktiviti rafting di Kabulongou Earth, Sepulut Nabawan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA