Suami isteri edar dadah 67 kg berdepan hukuman gantung

KUALA KRAI – Pasangan suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan mengedar ganja 67.75 kilogram (kg) dan memiliki methampitamine seberat 15.10 gram di tepi jalan Padang Sembilan dekat bandar ini, pada 11 Julai lalu.

Kedua-dua tertuduh mengangguk faham semasa pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkmah.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh Wan Muhammad Aziem Wan Mustafa, 31, dan Wan Matraf Azlinda Wan Mat, 49, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amal Razim Alias.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa mengedar dadah jenis ganja dengan berat kasar 67.75 kg di tepi jalan Padang Sembilan, jam 4 pagi, 11 Julai lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup – dan sekiranya tidak dihukum mati – perlu dikenakan sebatan tidak kurang 12 sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 15.1 gram pada hari dan lokasi sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 hukuman dibawah Seksyen 39A(I) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mazlinda Mohd Nor dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam, lapor Sinar Harian.

Semasa prosiding perbicaraan, mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 23 September untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.

Media pada 13 Julai lalu melaporkan taktik suami isteri berselindung di sebalik perniagaan ayam segar dan menjadi pemandu e-hailing tumpas apabila polis Kelantan berjaya menghidu perbuatan mereka sebagai dalang sindiket jualan dadah.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM