Stor simpanan peralatan musnah 80 peratus dalam kebakaran di Jalan Roban Lama

SARATOK – Sebuah stor yang digunakan untuk menyimpan peralatan kerja di kawasan rumah persendirian di Jalan Roban Lama mengalami kerosakan teruk selepas terbabit dalam kebakaran sekitar tengah hari Sabtu.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita dikenali sebagai Hajijah pada jam 1.38 tengah hari.

Susulan laporan itu, enam anggota APM bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lapan kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Saratok.

Pasukan tiba pada jam 1.50 tengah hari dan mendapati api telah berjaya dikawal hasil tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama anggota APM serta bantuan orang awam.

Kebakaran berkenaan menyebabkan kira-kira 80 peratus struktur stor musnah, manakala kebanyakan barangan yang disimpan di dalamnya tidak dapat diselamatkan, sekali gus mengakibatkan kerugian kepada pemilik.

Operasi tersebut turut melibatkan 12 anggota bomba, lapan anggota RELA serta seorang anggota polis bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan terkawal. Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan sepanjang operasi pemadaman dijalankan.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.34 petang selepas pemeriksaan keselamatan dilakukan. Punca kejadian dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16