SSLR Fasa 2 bukti kerjasama kukuh demi rakyat Sarawak – PM

LIMBANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pelaksanaan projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) Fasa 2 di Medamit adalah bukti nyata komitmen Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan Sarawak secara menyeluruh dan berterusan.

Berucap sempena perasmian projek tersebut di pekan Medamit, Limbang pada Khamis, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta kepimpinan negeri atas kerjasama erat yang ditunjukkan selama ini.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Premier Sarawak dan seluruh pasukannya atas sokongan padu kepada saya sejak awal. 

“Hasil persahabatan dan saling percaya ini semestinya tidak lain dan tidak bukan telah menyebabkan rakyat mendapat faedahnya,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, beberapa menteri kanan serta wakil rakyat tempatan termasuk Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Datuk Paulus Gumbang.

Anwar turut mengajak rakyat mengingati perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan sama ada dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung yang berjaya bersama-sama membentuk negara Malaysia, meskipun ketika itu dunia sedang bergolak.

“Tokoh seperti Tun Openg dan Tun Jugah dan banyak lagi bukan ada ijazah atau kelulusan tinggi, tapi mereka ada tekad dan cinta kepada negeri. Mereka fikir jauh ke depan,”.

“Malaysia tidak akan berada dalam keadaan aman dan stabil hari ini tanpa perjuangan tokoh-tokoh terdahulu yang menyatukan rakyat pelbagai kaum dan agama,” ujarnya.

Anwar turut menyeru rakyat Sarawak agar terus menjaga keamanan negeri dan menolak sebarang budaya hasutan, kebencian atau keganasan yang boleh menggugat keharmonian.

“Kalau tidak setuju dengan kerajaan, boleh bantah, boleh tegur, tapi buatlah dengan cara bermaruah dan aman. Ini negara kita, jangan ikut budaya luar yang ganas dan merosakkan.

“Selagi saya diberi mandat, saya akan pastikan jika ada unsur-unsur keganasan saya dengan tegas akan menghentikannya,” tegas beliau.

Anwar berkata, budaya damai dan hormat antara kaum adalah tunjang kekuatan Malaysia yang kini dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa.

Tambahnya lagi, Sarawak kini dilihat sebagai negeri yang mempunyai potensi besar dan semakin maju, hasil perancangan ekonomi yang jelas di bawah pimpinan Premier Sarawak.

“Sarawak bukan seperti 50 tahun dulu. Hari ini, negeri ini mendapat pujian dari negara luar kerana peranannya sebagai gergasi tenaga baharu di rantau ini,” ujarnya.

Beliau turut yakin kemajuan pesat di Sarawak akan memberi kesan positif kepada Sabah dan Semenanjung secara keseluruhannya.

Dalam majlis yang sama, Anwar turut meluluskan pembinaan Klinik Baharu Medamit yang menelan kos lebih RM13 juta dan meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada warga SMK Medamit bagi menaik taraf kemudahan sekolah dan kebajikan pelajar.

Related Posts

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

KOTA KINABALU – Majlis Perasmian Pameran dan Penyampaian Hadiah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Ke-40 mencatat satu lagi sejarah penting dalam lipatan seni visual negeri apabila menerima sebanyak 977…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri