SRG kebanggaan negara, harumkan nama Selangor

SEPANG – “Selamat pulang juara dunia, kebanggaan negara, mengharumkan nama Selangor,” demikian penghargaan tinggi yang diberikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kepada pasukan Yoodo Selangor Red Giants (SRG).

Melalui hantaran di Facebooknya, beliau berkongsi detik ketika menyambut ketibaan pasukan berkenaan di Terminal 1 KLIA, pagi ini.

Menurutnya, Yoodo Selangor Red Giants telah melakar sejarah sebagai pasukan tempatan pertama memenangi kejuaraan Mid Season Cup (MSC) Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024.

Justeru itu, katanya, kemenangan yang diperoleh adalah milik semua rakyat Malaysia dan seluruh ekosistem e-sukan di negara ini.

Amirudin menyambut ketibaan pasukan SRG di Terminal 1 KLIA.

“Kemenangan ini sekaligus meneruskan rekod 107 hari Selangor Red Giants tanpa kalah.

“Insya-Allah, kerajaan negeri akan terus menyokong pembangunan infrastruktur dan ekosistem e-sports di negeri ini agar dapat melahirkan lebih ramai atlet-atlet berprestasi tinggi,” tulisnya.

Ahad lalu, SRG menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-2 di Kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 yang berlangsung di Riyadh.

Kemenangan itu menyaksikan SRG membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah AS$1,000,000 (RM4,669,303.78).

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas