Guan Eng gesa Ahli Parlimen sokong penuh pindaan Akta Perubatan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menyatakan sokongan sepenuhnya ke atas syor Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk meminda Akta Perubatan di Parlimen hari ini.

Pindaan itu berhasrat mengiktiraf doktor-doktor pakar di bawah program latihan kepakaran laluan parallel (Parallel Pathway) demi menyelamatkan pesakit yang menunggu rawatan.

Menurut Guan Eng, isu Latihan Kepakaran Laluan Parallel Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjadi polemik dalam wacana nasional dan menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

“Ia tidak harus menjadi polemik ekstremis kerana pesakit harus menjadi keutamaan tanpa kira latar belakang serta rawatan perubatan yang diberikan dan doktor yang menjalankan rawatan tidak harus dilihat daripada sudut warna kulit.

“Saya memuji usaha KKM, Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Peguam Negara dan semua yang terlibat dalam merangka Rang Undang-undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024.

“RUU ini sememangnya cukup komprehensif dan bertujuan untuk menangani kekurangan pakar dan seterusnya mengurangkan masa menunggu untuk perkhidmatan perubatan,” katanya menerusi kenyataan.

RUU itu bertujuan untuk memastikan Latihan Kepakaran Perubatan (Sarjana Perubatan dan Laluan Parallel) adalah teratur dari aspek perundangan di samping mengiktiraf KKM sebagai penyedia latihan kepakaran.

Ia juga untuk memastikan pendaftaran pengamal perubatan yang telah memegang kelulusan antarabangsa dalam latihan kepakaran laluan parallel dapat diselesaikan.

Tambah Guan Eng, ia penting untuk mengatasi isu kehilangan bakat atau hijrah cendekiawan selain daripada mengelak kerugian sekurang-kurangnya RM112.06 juta yang telahpun dibelanjakan oleh pihak kerajaan dan swasta.

“Rakan-rakan saya dalam DAP pasti menyokong sepenuhnya RUU ini dan saya menggesa semua ahli Dewan Rakyat, khususnya di pihak pembangkang, untuk membelakangkan sentimen tidak sihat dan sebaliknya menyokong RUU ini kerana ia adalah soal hidup dan mati rakyat,” katanya. 

Related Posts

RUU pemisahan kuasa AG, Pendakwa Raya dimuktamadkan Mei

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa khas Parlimen yang meneliti cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka memuktamadkan penyata Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pindaan Perlembagaan itu pada pertengahan Mei…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kempen Sebarkan Salam perlu disahut setiap agensi kerajaan

PUTRAJAYA – Kesemua 141 buah agensi kerajaan diseru mengambil perhatian serius terhadap kempen Sebarkan Salam seperti yang diunjurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Mufti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan