SPRM siasat 20 projek ada kaitan skandal pasir MBI

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat 20 projek kerajaan Selangor, yang dipercayai ada kaitan dengan rasuah dalam siasatan kes Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pada masa sama, pihaknya juga sedang melihat kepada lima syarikat yang dikatakan sahamnya dipegang beberapa individu, termasuk ahli politik dikaitkan dengan kes itu.

“Saya tidak boleh namakan projek berkenaan. Sudah tentu ia membabitkan kerajaan negeri. Jika bukan, ia tidak menjadi perhatian saya.

“Jika projek kerajaan negeri dan Persekutuan, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mendapat habuan itu dan ia adalah satu kesalahan rasuah,” katanya selepas merasmikan Program Persidangan Meja Bulat Ketua Pesuruhjaya SPRM Bersama Bank-bank Komersial di sini, hari ini.

Selain itu, Azam turut memaklumkan, SPRM menyita wang berjumlah RM600,000 dalam serbuan di enam premis di Lembah Klang yang digeledah semalam.

“Kita jumpa wang itu di sebuah kediaman, yang disyaki untuk ahli politik berkenaan,” katanya lagi seperti dilapor Berita Harian.

Ditanya mengenai kriteria ‘rumah selamat’ yang menjadi lokasi simpanan wang ditemui itu, Azam berkata, pihaknya tidak pernah melabelkan premis itu sebagai ‘rumah selamat’.

“Mereka yang mengatakan ia adalah ‘rumah selamat’… bukan kita.

“Terma ‘rumah selamat’ hanya digunakan komuniti perisikan. Itu saja yang boleh saya katakan,” jelasnya.

Related Posts

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

KOTA BHARU – Pihak keselamatan Thailand bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia bagi usaha memburu tiga suspek yang disyaki terbabit meletupkan bom secara serentak ke atas beberapa stesen minyak di selatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ruang awam Kuala Lumpur akan diperbaharui

Oleh: Raihana Ali KUALA LUMPUR — Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merancang untuk bekerjasama dengan Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) bagi merangka semula dan memperbaharui ruang awam di ibu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri