SPR telah dimaklumkan kekosongan kerusi DUN Mahkota

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah menyerahkan notis perisytiharan berhubung kekosongan kerusi DUN Mahkota kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pagi tadi.

Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, notis itu diberikan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, Jumaat lalu.

“Pagi ini saya telah memaklumkan SPR melalui hantaran faks mengenai kekosongan kerusi DUN Mahkota, susulan penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, meninggal dunia pada 2 Ogos atau Jumaat lalu.

“Justeru DUN Johor menyerahkan kepada SPR untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Allahyarham Sharifah Azizah, 64, meninggal dunia, kira-kira jam 12.25 tengah hari Jumaat lalu ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBJK) Kluang.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang sejak 1993 berjaya memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 dengan majoriti sebanyak 5,166 menewaskan tiga calon lain daripada Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Warisan.

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang