Peranan semak imbang lebih berkesan jika BN menang di Nenggiri

KULAI – Barisan Nasional (BN) perlu menang pada pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri untuk membolehkan suara pembangkang lebih didengari di Kelantan, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, kemenangan itu akan menambah jumlah pembangkang di Kelantan sekali gus menjadikan mekanisme semak dan imbang lebih efektif.

“Paling penting kita mahu menghantar wakil pembangkang seorang lagi yang boleh menjadi semak dan imbang kerana apa juga keputusan dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, tidak menjejaskan kerajaan negeri Kelantan.

“Jadi apa salahnya diberikan seorang lagi wakil yang boleh membawa suara hati rakyat, terutama dari Gua Musang yang kita tahu banyak isu membabitkan tanah.

“Jadi perlu untuk suara semak dan imbang ini… itu antara mesej kita nak sampaikan kepada pengundi,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kulai, hari ini.

Mengulas mengenai ketiadaan wakil DAP pada kempen di DUN Nenggiri, Asyraf Wajdi menjelaskan ia disebabkan parti itu tidak mempunyai cawangan di kawasan berkenaan.

Namun, jelasnya, DAP akan tetap membantu BN dalam bentuk yang lain.

Related Posts

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

PUTRAJAYA – “Alhamdulillah, saya juga telah ‘selamat’ dipecat oleh Parti Bersatu,” kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya beberapa jam lalu. Bekas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga Ahli Parlimen Bersatu termasuk Ahmad Fayhsal dipecat

PUTRAJAYA – Tiga lagi Ahli Parlimen Bersatu terdiri daripada kem yang menyokong Datuk Seri Hamzah Zainudin telah dipecat daripada parti. Mereka adalah Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan; Ahli Parlimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026