SPM di Sabah lancar, lebih 37,038 calon mulakan peperiksaan – Pengarah JPNS

KENINGAU – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Sabah hari ini berlangsung dengan lancar, menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Saidin.

Raisin berkata, seramai 37,038 calon SPM di Sabah terlibat tahun ini, melibatkan 320 pusat peperiksaan dengan pelantikan petugas terdiri daripada guru dan sukarelawan.

“Hari ini peperiksaan di Sabah berjalan dengan lancar, maklumat yang saya terima dari semua PPD menunjukkan bahawa semua pusat berjalan dengan lancar.

“Kita telah melantik seramai 3,482 orang petugas yang melibatkan seramai 732 merupakan petugas sukarelawan.

“Kita memenuhi garis panduan yang diberikan oleh lembaga peperiksaan, 21 peratus merupakan petugas sukarelawan,” katanya semasa sidang media selepas meninjau hari pertama peperiksaan bertulis SPM tahun 2025 di SMK Keningau, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Raisin turut memaklumkan bahawa 232 Calon Berkeperluan Khas (CBK) antara yang menduduki peperiksaan tahun ini, sementara keseluruhan mata pelajaran diambil calon di Sabah melibatkan 81 mata pelajaran merangkumi 113 kertas peperiksaan.

Mengulas risiko banjir, Raisin berkata KPM telah mengaktifkan langkah kesiapsiagaan.

“Sekiranya banjir berlaku, ada dua situasi, pertama mungkin laluan dan sekolah contohnya SMK Keningau telahpun menyediakan pelan yang sangat baik iaitu memastikan anak-anak yang mempunyai risiko tidak dapat hadir menghadapi peperiksaan dan akibat laluan yang terkesan banjir telahpun ditempatkan di asrama.

“Jadi pendekatan ini juga telah kita gunakan di asrama-asrama lain yang berdepan dengan risiko laluan ke sekolah itu terjejas,” ujarnya.

Tambahnya, beliau turut menjelaskan bahawa pusat peperiksaan alternatif sudah dikenal pasti bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Saya menyuruh semua calon SPM di Sabah supaya menghadiri semua kertas yang telah didaftarkan.

“Saya juga memohon sokongan padu daripada ibu bapa supaya memberikan fokus dan perhatian kepada anak-anak mereka sepanjang mereka menghadapi peperiksaan SPM,” katanya.

Hadir sama meninjau hari pertama peperiksaan bertulis SPM itu, Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta