Special Olympics Sabah, UMS perkasa kesihatan inklusif individu kurang upaya intelektual

KOTA KINABALU – Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Special Olympics Sabah memeterai Surat Niat (LOI) menandakan langkah bersejarah dalam mempromosikan kesihatan inklusif dan kesejahteraan individu kurang upaya intelektual di Sabah di sini pada Jumaat.

Menurut Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UMS, Datuk Dr. Mohd Yusof Ibrahim, kerjasama itu mencerminkan semangat Malaysia Madani dengan mengukuhkan hubungan antara institusi pendidikan dan kesihatan.

“Kerjasama ini memastikan institusi pendidikan dan kesihatan berganding bahu untuk mewujudkan ekosistem inklusif untuk semua, terutamanya bagi golongan terpinggir.

“Selain itu, ia menggambarkan visi UMS untuk berkhidmat kepada komuniti dan memastikan individu dengan kurang upaya intelektual menerima peluang kesihatan yang saksama.

“Saya mengucapkan tahniah kepada UMS dan Special Olympics Sabah atas inisiatif teladan ini,” katanya semasa majlis tersebut.

Kerjasama yang dimeterai di dalam pemeteraian surat niat ialah saringan dan perkhidmatan kesihatan, latihan dan peningkatan keupayaan serta penyelidikan dan inovasi.

Dalam pada itu, Pengerusi Special Olympics Sabah, Dr. Jiloris Julian F. Dony meluahkan keterujaannya untuk bekerjasama rapat dengan UMS bagi membawa perubahan yang berimpak kepada komuniti.

“Kerjasama ini mengukuhkan misi kami untuk memperkasakan individu dengan kurang upaya intelektual agar membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna,” kata beliau.

Katanya, UMS dan Special Olympics Sabah komited untuk mewujudkan masyarakat yang menghormati, menghargai dan menyokong individu dengan kurang upaya intelektual dalam membantu mereka mencapai potensi sepenuhnya.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti