SPAN cakna isu gangguan air akibat pencemaran

CYBERJAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) membuka satu kertas siasatan pada Rabu berhubung isu pencemaran bau di Sungai Sembah dan Sungai Kundang.

SPAN berkata, siasatan ini dilakukan di bawah Seksyen 121(1)(c) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) atas kesalahan mencemarkan atau menyebabkan supaya dicemarkan sistem bekalan air atau mana-mana
sistem bekalan air.

Menurutnya, sekiranya disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh 10 tahun atau denda sehingga RM500,000.

“SPAN akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi mengumpulkan maklumat, keterangan dan meneliti semua aspek berhubung insiden-insiden gangguan perkhidmatan air yang berpunca daripada pencemaran dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dijadikan tata amalan terbaik oleh semua pihak yang berkepentingan demi menjamin kelestarian bekalan air,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, pencemaran di sungai itu mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual terhadap lebih satu juta pengguna di tujuh kawasan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak 23 Julai hingga 25 Julai lalu.

Dalam pada itu, agensi itu berkata, siasatan tersebut akan melibatkan pengumpulan data berkenaan termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS), badan pengurusan sumber air mentah negeri, Pihak Berkuasa Tempatan serta operator perkhidmatan air di negeri-negeri berkaitan.

“SPAN juga komited untuk sumbernya akan diambil tindakan tegas dalam tempoh sesegera yang mungkin dan seterusnya memastikan hukuman setimpal dikenakan ke atas pelaku,” katanya.

Related Posts

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melunaskan hutang pinjaman pengajian berjumlah RM12,629.82 milik Allahyarhamah Manarina Hasya Muhamad Karim, 22, penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) yang maut dalam kemalangan dua bas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengingatkan ibu bapa agar memantau anak-anak yang sedang meningkat remaja berhubung penggunaan selamat telefon pintar bagi mengelakkan berlakunya jenayah digital. Fahmi berkata, isu jenayah digital…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif